VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 13 December 2013

Guan Eng Jawab Fitnah Jahat umno Pulau Pinang


Nama Pulau Jerejak jadi 'Pulau Mazu' fitnah - Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menjelaskan mengenai isu nama Pulau Jerejak kononnya ditukar kepada nama 'Pulau Mazu' sebagaimana didakwa oleh pembangkang Pulau Pinang.


"Janganlah disebut Pulau Jerejak ditukar pada (nama) Pulau Mazu, iaitu sempena nama satu dewa.

"Saya pun pernah jadi pembangkang, kalau nak mengemukakan segala dokumen, bukan berdasarkan blog-blog berunsur fitnah," ujar Guan Eng pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi tadi.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan &  Warisan dan Hal Ehwal Agama Bukan Islam berkata, beliau secara peribadi tidak tahu mengenai nama baru Pulau Jerejak itu memandangkan Kerajaan Negeri tidak pindah menukar nama pulau tersebut secara rasmi.


Malah, katanya lagi, tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas pengusaha terbabit kerana memajukan pulau tersebut tanpa kebenaran pada masa yang sesuai kelak.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Jahara Hamid berdalih bahawa beliau tidak pernah mengaitkan Guan Eng dengan isu 'Pulau Mazu'.

Pun begitu, beliau tidak menjelaskan mengenai tindak tanduk ADUN Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menunjukkan gambar Guan Eng di 'Pulau Mazu' yang diambil dari blog mesra pembangkang Pulau Pinang.

"Saya kata, 'seorang pengusaha telah menukar nama pulau' dalam dewan ini," dalih Jahara.

Pakaq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.