VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 10 December 2013

Ridhuan Tee Akan Kehilangan Gelaran Profesor Madya


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim mengutuk tindakan tidak bertamadun Pensyarah Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), Ridhuan Tee Abdullah yang melabelnya ‘andartu kiasu’, semalam.

Beliau berkata, serangan jahat itu membuktikan Ridhuan Tee bukan seorang lelaki berbudi bahasa dan tidak layak bergelar profesor serta menjadi contoh kepada pegawai tentera masa depan UPNM.

“Beliau sepatutnya melawan kritikan saya berdasarkan fakta. Saya amat kesal kerana beliau begitu biadap menggunakan diskriminasi kaum dan jantina untuk menyerang saya.

“Mengenai soalan saya berhubung tindakan beliau mengajar dan menggalak pembersihan etnik, ia boleh dirujuk dalam artikel Utusan Malaysia bertarikh 13 Jun 2010.

“Artikel tulisan Ridhuan Tee bertajuk ‘Perlukah Memorial Tan Cheng Lock’, dengan jelas menyatakan bahawa beliau memuliakan pembunuhan orang Yahudi yang dilakukan Hitler,” katanya dalam kenyataan.

Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, beliau turut mempunyai bukti yang mengesahkan tindakan tidak beretika Ridhuan memplagiat artikel milik orang lain untuk mendapatkan gelaran Profesor Madya.

“Saya telah menunjukkan keterangan di mana Ridhuan Tee jelas menyalin (plagiat) artikel Dr Airil Yasreen Mohd Yassin di laman web bernama ‘Airil Sametok’ dalam kertas kerjanya yang dikemukakan di bawah ‘Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4).

“Bagaimana beliau akan dihormati, diiktiraf dan mendapat penghormatan pelajar di UPNM? Beginikah contoh yang akan diberi kepada pelajar dan pemimpin tentera masa depan?

“Plagiarisme adalah satu kesalahan etika yang sangat serius dalam bidang akademik. Universiti berkenaan tidak boleh terus menutup sebelah mata terhadap tingkah laku Ridhuan Tee ini. Sikap berdiam diri akan memberi mesej betapa mereka tidak serius menegakkan integriti akademik dan piawaian antarabangsa,” ujarnya.


Pejabat DAP Seputeh bersama Teresa Kok hari ini juga melakukan pembakaran kertas undi dan dokumen berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 lalu.

Semua kertas undi bagi Parlimen Seputeh dan dua kawasan lain dibakar di perkarangan Bangunan Krematorium Cheras, Kampung Cheras Baru.

Penghapusan kertas undi itu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa undi mereka kekal rahsia. -Roketkini.com

Dakwaan 'plagiat' Ridhuan Tee diadukan pada universiti

Dakwaan berhubung plagiarisme melibatkan Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah diadukan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tempat penceramah terkenal itu berkhidmat.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Airil Yasreen Mohd Yassin (kanan), yang dikatakan mangsanya, berkata, aduan itu dibuat pada Oktober lalu dan belum dibalas.

"Aku dah e-mel kepada TNC (timbalan naib canselor) UPNM, dan lampirkan salinan emel itu kepada peguam UTM bulan Oktober hari itu, minta perkara ini disiasat.

"Sehingga kini tiada lagi respon dari UPNM tentang perkara ini. Mungkin mereka tengah buat siasatan lagi jadi kena tunggu," kata Dr Airil.

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok semalam mengadakan sidang media di lobi Parlimen, yang mendakwa Ridhwan memplagiat tugasan Dr Airil untuk Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK4) Kumpulan Pensyarah Gred DS51 Siri 1/2010.

Manakala Senator DAP Ariffn SM Omar pula mempersoalkan tindakan UPNM menaikkan pangkat Ridwan kepada profesor madya walaupun menghadapi menghadapi tuduhan serius yang dianggapnya tamparan buat ahli akademik lain.

Ridhwan pula menjelaskan kepada Malaysiakini, beliau sedia bersemuka dengan pihak yang menuduhnya itu dan menyifatkan perkara itu cubaan untuk mencemar nama baiknya.

'Alahai malunya aku'

Menulis di Facebook, Dr Airil berkata, beliau yakin tugasan dirujuk itu hasil plagiat daripada satu masukan dalam blognya tentang kajian pasca ijazah.

Beliau bagaimanapun tidak pasti jika salinan tulisan yang didakwa memplagiat itu milik Ridhuan.

"Di sini aku tegaskan 'copy yang diberikan' sebab aku tak pasti sama ada copy (salinan) itu memang Dr Ridhuan Tee punya. Ini kena siasat.

"Tapi as far as 'copy yang diberikan' kepada aku, itu memang plagiat artikel aku," katanya.

Beliau turut menjelaskan yang tulisan asal beliau mengandungi kesilapan tatabahasa Inggeris kerana ia hanya ditulis untuk blog dan bukan kerja akademik.

"Tapi yang tak bestnya, semua mentioned tentang dakwaan Dr Ridhuan Tee copy semua termasuk grammar yang salah... alahai malunya aku," tulisnya lagi.

~Sepatutnya Ridhuan Tee ni, sebagai sama bangsa dengan Teressa Kok, ia pi lah berdakwah,,, atau pun ambik buat bini no 2 ka baru betui,,, bukan duk pi hentam kawan tu kata anak dara tua..mana tak hangin kawan tu... .

1 comment:

  1. Gelaran Andartu=Anak Dara Tua Kiatsu dengan Nenek Rasis tu, apa kurangnya, kedua-duanya tak kurang dan sama saja jahatnya, sungguh menghina golongan wanita.
    LGE kena bayar saman RM500 ribu ringgit disebabkan oleh gelaran nenek rasis.
    Jadi diharap Teresa Kok dapat menutup malunya dengan menyaman RTA pula.
    Rakyat perihatin melihat gelagat pemimpin dan mahukan melihat keadilan sentiasa terjamin. Wallahuallam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.