VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 12 December 2013

Adakah Ini Puncanya Kerajaan Malaysia Tukar Proton Perdana V6 Kepada Proton Perdana Accord?


Gambar Proton Perdana baru : Nah…inilah dia model rebadge Honda Accord yang diperkatakan sebelum ini yang mana berlakunya usahasama antara Honda Malaysia dan juga Proton. Yang mana pemilik Proton Sekarang turut mempunyai saham dalam Honda Malaysia.

Dan inilah yang dinamakan rebadge model Honda Accord sebelum ini. Hasil kerjasama & perkongsian Proton dan Honda.

Sumpah macam Honda. Inilah antara bait-bait perkataan yang muncul dari mulut selepas mula-mula melihatkan kereta baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika baru-baru ini, kereta Perdana Menteri telah dilanggar oleh seorang pemandu muda, kini Datuk Seri Najib Razak menerima sebuah kereta baru. Tahniah kami ucapkan.

Kereta Rasmi Perdana Menteri dilanggar



Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.

"Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.

Mohmad berkata siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. - Bernama

1 comment:

  1. Tindakan bijak Proton untuk mengurangkan kos.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.