VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 6 August 2013

Rakyat Raja Langkasuka Nusantara Nak "BerQiamullail" di Istana Negara di Tahan

    Lambang atau logo mewakili Empayar Langkasuka Nusantara.
Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira 4 petang hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Aida tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah.

Katanya semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.   

Aida berkata siasatan juga mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. - Bernama

Rupanya geng-geng Raja Langkasuka Nusantara sememangnya wujud di alam Nyata. Maksud aku kat Malaysia nie lah. Selama nie punyala dok ingat depa berlawak. Troll dan sengaja buat lawak bangang.

Tapi tak sangka pula depa betul-betul ada perjuangan tertentu.

Kenyataan Raja Nusantara
Lawak Gila.. Tongku Sultan ketum !!! hahahaha

Sultan Bolo? Siapa?

3 comments:

  1. https://www.facebook.com/pages/Jemaah-pemuda-bani-tamim-Nusantara-RAJA-Merongmahawangsa-II/145498302304928?directed_target_id=0

    ini page dia yg sebenar bro.yg lain2 karut,parody

    ReplyDelete
  2. Itu page parody la ... pe la ko ni ... raja nusantara tu acc fb ori dia hasbuljalil bin hasan ... mmg cm org gila isim kt situ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.