VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 6 August 2013

Perutusan Aidilfitri Pakat-Pakat Kalih 1434 Hijrah



Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah


Bismilahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t

Dengan ingatan tulus iklhas, saya mewakili seluruh warga Pakat-Pakat Kalih ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di luar negara.


Kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadhan Al Mubarak dan kita sambut sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahimnya, dan pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang kita cuba lakukan di bulan Ramadhan.

Dalam kemeriahan Eidul Fitri, janganlah kita lupakan kepada mereka yang berdepan dengan keperitan hidup dan tertindas oleh mereka yang zalim.

Marilah kita berdoa dan menghulurkan bantuan sedaya kita untuk mereka menyambut Syawal dengan penuh kekuatan menyambung perjuangan melawan kezaliman. Khususnya kepada saudara kita di Syiria, Mesir, Rohingya, Palestin dan di mana sahaja yang terkesan dengan kesengsaraan.

Begitu juga di Malaysia, masih ada lagi warga kita yang terkesan disebabkan tekanan ekonomi yang meruncing. Teruskanlah memberi zakat dan sedekah dalam usaha kita membantu mereka meraikan Syawal bersama-sama keluarga tercinta.

Saya juga syorkan supaya semangat perpaduan, semangat pengorbanan, semangat perjuangan, silaturahim dan usaha membantu rakyat yang daif tanpa mengira kaum ditingkatkan.

Justeru, di musim perayaan ini, keselamatan dan kesihatan juga harus dijaga. Kepada warga kota yang akan pulang bercuti beraya di kampung, pesanlah kepada jiran tetangga yang berdekatan dan juga maklumkanlah kepada pihak keselamatan yang berhampiran.

Rancanglah perjalanan pulang ke desa, pandulah dengan sabar dan tenang. Usahlah berebut di jalan raya kerana keluarga kita yang tersayang sedang menanti di kampong. Moga selamat dalam perjalan pulang dan kembali semua ke kota nanti.

Pakat-Pakat Kalih juga mengucapkan terima kasih kepada petugas keselamatan yang akan bertugas semasa perayaan nanti. Tugas kalian menjaga keselesaan demi rakyat sungguh besar ertinya.

Akhir kata, daripada saya dan keluarga besar Pakat-Pakat Kalih, Eid Mubarak 1434 H. Selamat menyambut Syawal Maaf Zahir dan Batin.

Samm BM
Blogger  Pakat-Pakat Kalih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.