VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 5 August 2013

Aisyah Selamat di Jumpai.. Alhamdulilah

Adik Aisyah selamat dijumpai di Teluk Kumbar Penang


Thanks for all the prayer

Sumber: Anis Harsila Haron

Andai ini benar.. Subhanallah... Alhamdullilah... Laillahhailallah Allahuakhbar... Maha Suci Allah.... yang memakbulkan segala doa... 

Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

Cerita Terdahulu: Di Mana Aisyah? Kanak-Kanak Hilang [UPDATE] 

KANAK-KANAK HILANG DI RAWANG DITEMUI DI PULAU PINANG

George Town, 5 Ogos - Kanak-kanak perempuan Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Jumaat lepas, hari ini ditemui di bandar George Town di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kanak-kanak tiga tahun itu diserahkan kepada polis oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu.

Katanya kanak-kanak itu diserahkan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini pada 11 pagi ini.

"Kanak-kanak itu dalam keadaan selamat dan difahamkan ibunya (dari Gombak) dalam perjalanan ke sini (Balai Polis Sungai Nibong)," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Wan Aisyah dilaporkan hilang oleh ibunya pada 2 Ogos selepas menyerahkannya kepada suspek di sebuah pasar raya di Rawang sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama anaknya.

Ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah dalam laman Facebook sebelum itu turut membuat aduan polis bahawa beliau telah menyerahkan wang sebanyak RM25,000 kepada lelaki terbabit pada hari sama sebagai modal perniagaan.

Berita tentang kehilangan Wan Aisyah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.