VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Sunday, 4 August 2013

Korban Seekor Babi Jika Calon PAS Menang

Sekadar berkongsi cerita bersama tuan puan sekalian.


Sewaktu PRU 13 lalu, salah seorang Ketua Cawangan UMNO di Parit Yaani, telah menyebut akan mengorban seekor lembu jika calon BN (MCA) memenangi kerusi DUN N.21 Parit Yaani. Tidak noktah disitu, beliau menambah akan mengorbankan seekor khinzir jika calon PAS, iaitu sahabat saya sendiri Cikgu Aminolhuda menang dikerusi tersebut.

Akhirnya, keputusan PRU 13 telah memihak kepada PAS. Maka, tersipu-sipulah Ketua Cawangan UMNO ini & langsung tidak mengotakan janjinya sebelum PRU lalu sehingga kini.

Maka, ahli-ahli PAS bertanya kepada saya samada boleh atau tidak mereka meminta ahli Pakatan Rakyat (PR) yang berketurunan Cina untuk menyediakan khinzir tersebut lalu ditambat dihadapan rumah Ketua Cawangan UMNO tersebut, manakala ahli-ahli PAS menyediakan parang cukup panjang yang tajam tidak perlu diasah lagi untuk membantu menunaikan hajat Ketua Cawangan UMNO tersebut.

Maka saya menjawab, tidak usahlah berbuat begitu. Abaikanlah kenyataan beliau sebelum ini. Kita doakan semoga InsyaAllah, suatu hari nanti beliau bersama PAS.

Pejuang Islam akan senantiasa memikirkan Masa Depan (Future) Islam.  


Tulisan YB Ustaz Abdullah Husin 

Rasa-rasa lah macai-macai umno undi sapa ya di dun Paritt Yani ni? macai sila jawab..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.