VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 8 August 2013

Akan Terus Tekan SPR, Kerajaan

PR menegaskan isu dakwat kekal yang menjadi pertikaian pihaknya pada PRU13 yang lalu, tidak akan ditamatkan begitu sahaja, setelah beberapa pendedahan mengejutkan dibuat bulan lalu.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR telah mendapat maklumat tambahan mengenai perkara tersebut dan akan didedahkan kepada umum dalam masa yang sesuai.

Menurutnya, bukti-bukti yang dikumpul itu akan digunakan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan.

“Kita tak akan tamatkan begitu sahaja perkara itu.

“Kita ada semua maklumat untuk terus bawa isu ini, dan bagi tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Penggunaan dakwat kekal mula diperkenalkan SPR pada PRU13 sebagai salah satu proses penambahbaikan sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, dakwat kekal yang diberi jaminan akan kekal dalam tempoh lima hari tidak seperti yang diumumkan.

Perkara ini mencetuskan persoalan oleh pelbagai pihak dan menggesa SPR memberikan penjelasan.

Setelah beberapa siri himpunan diadakan, PKR kemudiannya tampil dengan beberapa dakwaan membabitkan isu dakwat kekal.

Rafizi sebelum ini mendakwa pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 ada hubungan rapat dengan kedua-dua pegawai tertinggi SPR.

Rafizi turut mendakwa kontrak membekal dakwat kekal itu diberi secara rundingan terus.

Beliau juga mendakwa syarikat pembekal topi pada PRU13 diberi kepada syarikat sama yang membekal dakwat kekal yang didakwa mudah ditanggal.

Katanya, tiga syarikat yang diberi tender topi itu ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Alli selaku pembekal dakwat kekal.

Rafizi berkata, tiga syarikat itu ialah Nash Ventures Sdn Bhd, Ayumi Resources Sdn Bhd dan Bumi Textiles Sdn Bhd, ketiga-tiganya mendapat kontrak menerusi rundingan terus. -SH

***Komen***
Yang kecam Rafizi seperti puak yang tak berakal kerana tak nampak bukan kerana buta mata tapi buta hati, apa saja yang PR tentang semuanya seperti bukan dosa dan mereka ini akan sokong sehingga mati.
 
Inilah yang dikata dalam al Quran buta hati, pekak telinga dan mulut menjadi bisu bila kebaikan didedahkan dan bila kejahatan didedahkan mereka tetap kata, itu adalah kebaikan. 
 
Mereka jenis ini jelas mewarisi sifat-sifat munafik dan akan mati dalam kekufuran. Islam hanya seperti puak muktazilah yang hanya menjadikan al Quran sebagai pilihan no 2, semua ibadat yang ada hubung kait dengan pemimpin walau pun pemimpin itu jelas perasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa mereka tetap bersama dulu kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.