VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 11 September 2014

Sebab Kenapa Dalam PAS Berlaku Serangan dan Tidak Bersatu Seperti Dulu


Oleh Zulhazmi At-Takanan

Aku dok tengok ramai yang komen luahkan perasaan bimbang dengan kemelut yang sedang berlaku di dalam PAS. Katanya di dalam PAS sendiri sudah serang menyerang dan tidak bersatu seperti dulu. Aku setuju dan meh aku nak bagitau sebab apa.

Sebabnya ialah kegagalan "NAKHODA" mengawal Bahtera. Apabila bahtera berlayar, Nakhoda hilang entah ke mana tetapi hanya memberikan arahan dan keputusan dari jauh. Nakhoda tidak masuk mesyuarat untuk menjalankan tugasnya sebagai Nakhoda sedangkan tugas Nakhoda tersebut jelas disebut di dalam Fasal 26 juga seperti yang Nakhoda guna untuk mengatakan Nakhoda ada kuasa pemutus. Fasal 26(1)(d) memperuntukkan bahawa tugas Nakhoda ialah :

(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing. 

Kenapa Nakhoda hanya menggunakan Fasal 26(1)(a) sedangkan Fasal 26(1)(d) ditinggalkan oleh Nakhoda?? Fasal 26(1)(e) seterusnya menyatakan bahawa Nakhoda hendaklah menetapkan dan mempengerusikan mesyuarat tetapi sekarang mesyuarat pun Nakhoda tidak hadir. Sekarang AJK2 sudah nampaknya tidak berpadu, tidak sefahaman dan serang menyerang sindir menyindir. Mana Nakhoda??? Tengok saja? Kalau tengok saja apa guna jadi Nakhoda.

Bagaimana Nakhoda mengemudi kelasi kapal sedangkan Nakhoda duduk dalam bilik sorang-sorang dan kemudian utus perintah keluar supaya diikut dan ditaati. Adakah begitu pemahaman Nakhoda mengemudi Bahtera? Kelasi dan anak2 kapal tidak akan menebuk bahtera tetapi mungkin jika berterusan begini, bahtera akan tersasar haluan kerana masing-masing tiada hala tuju dan bercakaran tetapi Nakhoda dok tengok saja.

Mesti ada kelasi lain kata, mcmana Nakhoda nak laksana tugas kalau kuasa Nakhoda di Fasal 26(1)(a) pun dipertikai??? Hahahahaha jawapannya terletak pada kebijaksanaan Nakhoda. Sepatutnya Nakhoda hadir mesyuarat maklumkan kenapa nakhoda guna kuasa seperti itu supaya kelasi faham. Tetapi.... sambung sendiri la...

3 comments:

  1. Nahoda kapal PAS tak relevant lagi jadi Nahoda. Beliau hanya sesuai jadi Nahoda kapal nelayan aja sebab itu kelayakan yang beliau ada.

    ReplyDelete
  2. Salaam.

    Aku setuju.

    Allahyarham Fadzil Noor adalah NAKHODA terakhir PAS yang berkarisma.

    Lantang dan kerap bersuara.

    NAKHODA yang sekarang ni sengal sikit.

    ReplyDelete
  3. Ke puncanya pas menolak kerjasama dengan umno

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.