VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 23 November 2013

Konflik tahaluf siyasi PAS degan Pakatan Rakyat diselesai secara dalaman



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan segala perkara berkaitan tahaluf siyasi akan diselesaikan berdasarkan maklumat, bukan dari media perdana, elektronik mahupun alternatif.


Dalam masa sama, segala masalah yang timbul hasil tahaluf siyasi akan diselesaikan secara dalaman setelah mendapat maklumat terperinci.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu tahaluf siyasi di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang.

"Kita sangat menghargai Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memberi banyak tanggungjawab kepada PAS, walaupun hanya ada kerusi," kata beliau pada satu sidang media, di Stadium Malawati, hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menjelaskan PAS negeri tidak mempunyai hak berkaitan jawatan Ketua Pakatan Rakyat, sebaliknya ia terpulang kepada seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tiada hak, tetapi berhak dan tidak bersendirian. Perkara itu perlu dibincangkan dengan semua parti dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Dalam sidang media yang sama, Ustaz Hadi mengatakan PAS sudah terkehadapan dalam urusan melantik wakil Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat.

"Kita tidak pernah mengabaikan wakil dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa pusat, walaupun jawatankuasa pusat dipilih oleh muktamar. Kita pernah melantik wakil Sabah dan Sarawak bagi menganggotainya, sebelum ini," kata beliau.



Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari ......

Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2013/11/jika-pas-keluar-dari-pakatan-maka-pas.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.