VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 23 November 2013

Takbir! Takbir! Takbir! Muktamar junjung kasih titah Sultan Johor



Muktamar PAS hari ini mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengembalikan semula hari cuti negeri itu kepada Jumaat dan Sabtu.


Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya menyokong penuh dan menghargai keputusan Sultan Johor.


“Memang sejak zaman penjajah British, Johor cuti pada hari Jumaat dan Sabtu sehingga tahun 1994 kemudiannya ditukar kepada Sabu dan Ahad oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor,” katanya di Stadium Melawati di sini hari ini.

Usul itu kemudiannya disambut hebat perwakilan yang hadir dalam stadium berdiri dan bertakbir menunjukkan tanda sokongan dan menerima cadangan itu.

Sempena sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55, Baginda mengisytiharkan hari cuti itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

“Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman,” titah Baginda hari ini.

Ini menjadikan Johor sebagai negeri keempat cuti pada Jumaat dan Sabtu selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya sama ada mahu membawa gesaan supaya semua negeri menukar hari cuti minggu mengikut jejak langkah Johor, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada kuasa negeri masing-masing untuk memutuskannya.

“British semasa menjajah dulu tidak sentuh hak dan sensitiviti umat Islam, hanya Umno sahaja yang tak tahu budaya Melayu-Islam atas alasan kepentingan ekonomi, itu tak betul,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.