VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 18 November 2013

KEPENTINGAN MESYUARAT



Firman Allah s.w.t.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;” (Asy-Syura: 38)

Mesyuarat merupakan salah satu agenda atau elemen penting di dalam sesebuah organisasi mahupun jawatankuasa pelaksana sebarang tugasan, projek atau pengurusan. Ia merupaka tempat dimana berlakunya percambahan idea, penyampaian maklumat, memberikan arahan serta menerima perintah dari mereka yang mengetuai sesuatu pasukan. Kepentingan mesyuarat ini diperjelaskan Allah s.w.t. di dalam surah Asy-Syura sebagaimana yang tercatat dipermulaan artikel ini.

Amalan bermesyuarat ini merupakan sunnah yang juga dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Ia secara jelas tercatat di dalam sirah perjuangan Rasulullah dalam merangka strategi, mengumpulkan pandangan serta mencari kesepakatan di dalam urusan berorganisasi. Mesyuarat memerlukan komitmen semua ahli dan harus mempunyai matlamat serta agenda yang jelas. Mesyuarat melibatkan ahli mesyuarat, perkara yang dibincangkan serta keputusan yang perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, perbincangan harus berlaku dalam keadaan yang harmoni serta saling bertolak ansur.

Amalan bermesyuarat merupakan amalan yang diberkati oleh Allah s.w.t. dan ia merupakan suatu usaha untuk mencari penyelesaian yang laing baik dan paling hampir dengan kebenaran. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud;

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Ali-Imran: 159)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.