VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 21 November 2013

Ikuti Siaran langsung Muktamar PAS ke-59



Perasmian Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang diadakan di dua tempat  berbeza malam tadi  disiarkan secara langsung oleh rangkaian webtv PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, majlis perasmian muktamar Dewan Ulama  dan muktamar penuh dewan-dewan Pemuda dan Muslimat hari ini turut disiarkan secara langsung.

Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong memberitahu pihaknya ditugaskan   mengendalikan urusan berkaitan siaran siber dan media baru ini bagi pihak panitia muktamar ke-59 selain daripada tugas-tugas lain berkaitan dengan multimedia dan IT.

Siaran langsung Muktamar Dewan Ulama boleh diikuti menerusi webtv Terengganukini, Muktamar Dewan Pemuda menerusi Ehsantv dan  Muktamar Dewan Muslimat pula menerusi KelantanTV.

Manakala bagi muktamar penuh mulai esok, 22hb  November, siaran langsung boleh diikuti melalui webtv PAS Pusat. 

“Selain siaran langsung melalui webtv, radio internet hijau.fm juga membuat lintas langsung ke beberapa lokasi muktamar dewan-dewan sejak semalam dan juga menyiarkan langsung terutamanya pada hari perasmian  muktamar penuh PAS pada jumaat, 22hb November, 2013” kata Suhaimi yang juga Ketua IT Panitia Muktamar ke-59 

Selain iu, JITP membantu Pejabat Setiausaha Agung PAS dengan membuka kaunter SPOKAS (Sistem Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS) dan Penerangan dengan membuka konti hijau.fm untuk bersiaran dari tapak pameran PAS for All bermula hari ini. 

Seramai 90 orang petugas sukaralewan IT telah diberikan tugas-tugasan khusus berkaitan dengan multimedia dan IT bagi memastikan kelicinan muktamar pada kali ini sepanjang 5 hari bermuktamar sejak semalam.

Jadual:
Sabtu - 19 Muharam 1435 /23 November 2013

8.15 pagi
Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat

8.30 pagi
Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat

8.45 pagi
Pengumuman Keputusan pemilihan jawatan-jawatan yang dipertandingkan

9.00 Pagi
AGENDA KEEMPAT
Usul terima kasih kepada Presiden dan MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE 59 perbahasan Ucapan Dasar

1.00 petang
Rehat dan solat Zohor

2.00 petang
Perbahasan Ucapan Dasar disambung semula

4.30 petang
Rehat dan solat Asar

5.00 petang
AGENDA KELIMA
Membahas usul-usul

6.45 petang
Rehat dan solat Maghrib

9.00 malam
Ceramah Umum

12.00 malam
Rehat


Ahad - 20 Muharam 1435 /24 November 2013

8.15 pagi
Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat

8.30 pagi
Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya mengambil tempat

8.45 pagi
Ucapan penggulungan oleh pimpinan

12.30 petang
AGENDA KEENAM
Ucapan Penangguhan

1.30 petang
Muktamar ditangguhkan
Doa

Siaran 1 ehsantv


Siaran 2 Kelantan TV


Siaran 3 WEBTV PAS


Siaran4 WEBTV2
Video streaming by Ustream

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.