VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 23 November 2013

“Perang Mulut” Bekas mufti Perlis dan mufti Kedah



Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) mencabar Mufti Kedah, Datuk Badarudin Ahmad melakukan sumpah laknat atas segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya jika enggan menarik balik tuduhan sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, Badarudin dalam satu rakaman memfitnah dirinya berhubung isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad serta tidak membenarkan umat Islam solat tarawih lebih daripada lapan rakaat.

... Sebelum itu untuk mengelakkan hangpa tertanya-tanya apa hal pulak nih?.. tengok video di bawah ni dulu...


“Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan dibuat oleh Mufti Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu Wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

“Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi Muhammad termasuk tentang rambutnya jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di YouTube akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan,” katanya dalam tulisan di blognya DrMaza.com.

Beliau berkata, Badarudin juga jelas memfitnahnya apabila mendawa dirinya tidak membenarkan umat Islam di Perlis solat tarawih melebih dari lapan rakaat bahkan menganggap akan masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas.

Katanya, fitnah yang amat besar oleh Mufti Kedah itu apabila mendakwa dirinya  menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera sambil meminta Badarudin mencari di mana kenyataan seperti itu pernah diucapkan.

“Sejak sekian lama artikel saya tersiar di blog dan media tentang solat tarawih. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi sendiri tidak pernah menetapkan bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat sehingga apabila hendak masuk waktu Subuh kemudian berwitirlah.

“Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Jika tidak, saya mengajak beliau bermubahalah iaitu sumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau,” katanya. - 23 November, 2013. -TMI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.