VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 21 November 2013

Bongkar!!! Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar Atas Jemputan Yang dibuat Secara Peribadi



Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.
Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Video: Parlimen Kecoh Gara-gara Pertahankan Rosmah SINI

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.



Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria. – 20 November, 2013. -TMI

***
Dah tu kenapa Kak jat, Rubiah, Kak zan dan Kamariah kalut nak ikot sama? Pasai apa pulak.. Nak p tengok baka lembu yang baguih ka?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.