VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 27 July 2013

Para Ulama Hari Ini Ramai Yang Bacul

Di Malaysia kita seminggu dua ini ada yang tidak puas hati dengan fatwa larangan wanita muslimah menyertai pertandingan ratu cantik. Ada yang membantah kerana kononnya fatwa itu tidak demokratik dan menghalang hak wanita. Hal ini dibangkit dan disokong oleh kumpulan ‘liberal tegar’ yang seperti biasa –sekalipun mungkin tidak mengaku- menjadikan Barat sebagai asas dalam penentuan hal ini. Apabila kita sebut Barat, kita maksudkan pegangan awam yang menguasai cara fikir penentuan polisi di Barat. Kita tidak maksudkan agama Kristian.


Inilah masalah yang menghimpit pemikiran yang sederhana dan adil tentang wanita dalam Dunia Islam. Satu pihak yang begitu sempit tentang wanita sehingga menfardukan budaya setempat yang diberikan lebel agama ke atas wanita seperti yang berlaku di Pakistan dan beberapa negara Arab. Di satu pihak lagi, golongan yang menuntut agar tafsiran agama diselaraskan dengan kehendak semasa di Barat.

Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):

    “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sementara kalangan ulama seperti Abu Hanifah memasukkan pergelangan kaki antara yang boleh didedahkan. Dalam bahasa sekarang, tidak wajib memakai stokin. Kedua; ayat di atas menyatakan “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup.

Inilahpakaian yang syaraktetapkan. Wanita muslimah patut mengetahui identiti mereka seperti yang disebut dalam ayat surah al-Ahzab tadi: ‘cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu’. Pakaian mempunyai nilai yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat manusia.


Double Standard 
Cuma mungkin ada yang keliru dengan fatwa yang dikeluarkan kerana hanya mengkhususkan pertandingan ratu cantik sedangkan ada lagi acara lain yang lebih terdedah seperti renang dan olahraga-olahraga lain. Mengapa pula tiada fatwa yang menghalang mereka?! Jawapan mungkin kerana olahraga-olahraga itu mendapat sokongan kerajaan-kerajaan yang berkuasa. Jika difatwa, mungkin tidak panjang ajal kontrak yang mengeluarkannya. Ataupun, seperti mazhab ulama muda sebuah pertubuhan politik, jika kesalahan kerajaan kita jangan bising, diam-diam bisik di telinga menteri sudahlah. Orang lain, mereka bising habis-habisan. Ataupun, seperti kata tetamu Arab saya yang keras tentang wanita itu, ‘para ulama hari ini ramai yang bacul’. Saya rasa saya boleh bersetuju dengannya dalam bab itu.

Sukan olahraga yang ada boleh disertai jika penontonnya hanya wanita. Walaupun ada khilaf ulama tentang kadar aurat sesama wanita, namun jika diambil pendapat yang lebih luas maka ruang boleh diberikan kepada mereka. Ataupun, mereka mengenakan suit yang tidak bercanggah dengan syarak. Maka, lelaki boleh melihat acara tersebut. Sekali lagi, walaupun ada pendapat yang sempit, kita memilih pendapat yang sederhana yang lebih memberi kemudahan dalam masa yang sama tidak lari dari nas-nas agama. Namun, tidaklah longgar sehingga melondehkan nas seperti golongan ‘liberal tegar’. -Komen MAZA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.