VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 18 April 2015

Profesor Sokong Tindakan Mahathir Serang Najib Razak


TERBEBANKAH NEGARA DENGAN HUTANG 1MDB?

Bercakap di di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut. 

Beliau juga menyatakan 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014. Aset ini adalah pelaburan kerajaan jangka panjuang menyebabkan 1MDB gagal menjana aliran tunai yang menjadikannya tidak mampan. 

Membaca berita ini, maka saya tertanya: Apa salahnya apabila Tun Dr. Mahathir bertanyakan kerajaan mengapa hutang 1MDB tinggi dan di manakah wang dari Cayman Island yang dibawa keluar itu disimpan?

Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih. Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini Menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

DI akhir analisisnya, saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah.

Mohammad Agus Yusoff

1 comment:

  1. tu prof.. x yah cite la ttg ketelusan...yg telus ialah betapa bahlol, biol, vodo, vangang, bebal, tolol, samdol yg ada dalam kera-kera jaan..bermula drp si ketuo sampai la kepada macai...spt kata TUN MAHATHIR...! x gitu prof...bende cam nie x perlu ada PhD tuk tahu...kah..kah..kah..1malaya punya taraf prof. lah??? kah..kah..kah..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.