VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Wednesday, 15 April 2015

Warkah Buat Pemimpin UMNO


Assalamualaikum PEMIMPIN UMNO...

Ini pandangan peribadi saya.

1. Rakyat bukan tak sokong UMNO. Rakyat mcm kami ni amat sayang dan menaruh harapan penuh kpd parti pusaka ini utk terus menerajui negara. 

2. Yg kami persoalkan ialah pendekatan UMNO sekarang. Bila ditegur sikit bukan main melenting lagi org UMNO marah2 dan jadi begitu defensif. Isu yg dipersoalkan terus tenggelam.UMNO is in denial.

3. Kalo UMNO benar2 dapat merasai 'denyut dan nadi rakyat' maka jawab lah kpd rakyat. Bukan kpd org UMNO sendiri kerana rakyat lah yg akan mengundi nanti dan tentukan kedudukan UMNO kelak.

4. Rakyat sekarang mempunyai persepsi yg sangat negatif terhadap kepimpinan DSN.

5. Mereka menganggap peranan TM hanyalah sbg mesengger yg berjaya membawa mesej mereka terus ke lubok hati sanubari UMNO. Kalo tak UMNO sikit pun tak kesah apa org kata kat dia.

6. Percaya lah - kami pengundi tegar UMNO ni bukan mahu mengubah kerajaan. Kami hanya mahu kerajaan sedia ada ni berubah.Berubah kpd sebuah kerajaan yg dapat memberi keyakinan penoh kpd kami rakyat biasa. Buat masa ini faktor keyakinan (confidence level) ni amat tipis.

7.UMNO kini berdepan dgn bahana persepsi negatif yg boleh menjahanamkan peluangnya pada PRU-14 nanti. Masih ada masa utk UMNO berbuat sesuatu utk memenangi hati dan minda rakyat yg kini amat gusar. Buatlah tindakan yg drastik walau pun agak perit utk UMNO melaksanakannya.

8. Elemen2 yg menjuruskan ke arah wujudnya persepsi negatif ini sebenarnya berkisar kpd cara kepimpinan DSN dan isterinya Rosmah Mansur. 

9. Mungkin kebanyakkannya hanya tomahan. Tetapi perlakuan dan tindakan DSN dan isterinya itu tidak langsung boleh meredakan persepsi negatif ini. Peka lah kpd pandangan rakyat. Bukan isteri PM.

10. Adil kah UMNO kecundang hanya kerana rakyat sangat menyampah dgn isteri PM..? 
Kalo UMNO kata ini semua tak betul dan hanya tomahan Pembangkang jadi apakah yg UMNO perlu lakukan agar persepsi ini dibetulkan?

11. UMNO kena buat soul-searching. Lihat ke dalam dgn ihklas.....Tengok kat mana ada kudis dan pekong yg menghanyirkan UMNO sekarang.Kikis dan ubatilah mulai sekarang. Kalau perlu potonglah bahagian2 yg busuk itu agar ianya tidak merebak penuh seluruh badan yg boleh membunoh UMNO itu sendiri.Bahayanya tidak terkata.

12. Kalau sayangkan UMNO buatlah sesuatu yg drastik mulai sekarang utk selamatkan parti warisan ini. Jgn hanya akur membabi buta kpd seorang ketua yg berpontensi menjahanamkan parti ini. Saya rasa DSN tidak lagi mampu menghindarkan imej negatif yg ada padanya sekarang.

13. Ketahui lah saya dan kawan2 merasa sangat meluat melihat kuncu2 dlm UMNO yg sekarang terlompat-lompat kata mereka sokong penoh kepimpinan PM.

14.You can win this battle but youre going to lose the war.Memanglah semua org UMNO perlu sokong ketuanya...tapi lihat lah 'the big picture'.

15. UMNO patutnya sekarang sudah turun padang dapatkan sokongan padu rakyat utk hadapi PRU14. Bukannya aktif di saat2 akhir dgn menaburp tabur wang nak mancing undi mcm PRU yg lepas. Dorang ambil wang tapi tak ngundi UMNO pun.

16. Lawan lah dan betulkan persepsi yg sangat2 negatif ini terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Masih ada masa.

17. Jawablah isu2 ini.
- Rosmah
- Isu2 yg ditimbulkan oleh TM (Jawapan PM dlm tv tidak meyakinkan)
- Persepsi Tahap rasuah dan kronisma yg tinggi.
- Najib terlalu manjakan Cina yg terang2 akan undi DAP.
- Kerajaan terlalu banyak bercakap dpd buat kerja.
- Kerajaan kelihatan lemah dan terlalu berkompromi dlm banyak hal.
- Kerajaan boros berbelanja.
- Rosmah (mewah sangat time kawinkan anak)
- Rosmah (mewah bergaya jenama yg mahal2 yg dipersoalkan mana datangnya duit dia)
- Rosmah.(kelihatan ranggi dan sombong)

18. Bagi saya kerajaan sudah pun kalah terok dlm aspek persepsi ini kerana jentera yg menjaga dan memelihara imej kerajaaan telah gagal berfungsi.The Govt is losing badly on the social media.

19. Saya bimbang kuasa yg sedikit yg kita ada sekarang akan terus terhakis kerana kita leka dan gagal tangani isu2 ini dgn bijaksana.

20. Do something pls. Masih ada masa. I love this country.
Thank you..

3 comments:

  1. Suka saya ambil ungkapan akhir penulis ini iaitu I love this country. Benarkah dia sayang pada negara ini? Kalaulah dia sayangkan pada negara ini, sudah tentu dia harus menentang pemimpin UMNO yang zalim daripada mengekalkannya.
    Buat masa sekarang, UMNO tidak mempunyai pemimpin yang BERSIH, CEKAP dan AMANAH. Yang ada semuanya korup, tiada integriti, ... masa untuk berkubur sahaja.
    You love this country, then you must "KICK" the corrupted leader from this country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We love this country tapi apa yang kita lihat Pemimpin Umnob leka memperkayakan diri,famili dan kroni serta menyakti rakyat dan menghancurkan harmoni antara rakyat dan negeri2.Mestikah kita simpan pemerintahan parti dan pemimpin begini?
      Maaf mau diingati olih kita semua...Umnob yang ada bukanlah parti tok aki kita sejati tapi jelmaan dari mereka meraka yang telah khianatinya sampai mati parti.Mereka mereka ini lah yang juga kununnya perwaris parti tok aki walhal mereka pembunuhnya.
      Yidakkah kita sangsi mereka inijuga akan hancuri negara ini kununnya atas sayangkan Malaysia ini?Telah terbukti perjuangan mereka hanya untuk diri jika tak masakan parti tok aki yang dikasihi dikhianati sampai mati!

      Delete
  2. Anti Fitnah..U R RIGHT...Klau kita betul2 SAYANGKN MALAYSIA ni..KALAHKN SAJA UMNO BN dalam PRU KE14 nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.