VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 24 July 2013

Suasana Pilihan Raya Kecil Kuala Besut


Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.


Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.

Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Che Long DiKotak UNDI


Masa PRU 13 yang lalu masih segar dalam ingatan betapa pihak SPR telah memberi amaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak mempamirkan atau memberitahu kepada umum siapakah calon yang kita undi.


Ustaz Azhar Idrus
Terbaik......UAI pun turun ke Besut hari ini ... InsyaAllah doakan kemenangan PAS di sana ... 16:16

This is Kuala Besut. ...big boh terr

Dakwat Kekal?
Adakah pada kali ini dakwat yang digunakan akan terus kekal? Dapatkah SPR menebus kembali maruah mereka atas kesalahan pada PRU ke 13? Marilah sama-sama kita saksikan.



 Mat Said Buat Publisiti Murahan
Cuba perhatikan makcik di kerusi roda tu, senyum je dia. mungkin dlm hati dia 
"ha padan muka kau mat said, nak tunjuk poyo kan dah kena"

Ragam Petugas Peraih Undi


"Ramai beratur ambil duit RM250," -Aiman Athirah Aljundi


Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.

Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera"
 Rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.