Assalamu alaikum..
Kat sini ada beberapa pos berkenaan dengan nasib para pelajar dan staff di Kolej Insaniah Kedah Selapas Mukriz Mahadet perintah Kedah..
Bukan
hanya pelajar yang terima kezaliman dia tapi Pensyarah jugak turut
terkena... Ini bukan penipuan tetapi pekara benar... semoga Allah
membalas atas pebuatanya... kenapa masalah ini tidak masok tv... dahulu
sebelom pru 13 macam-macam insaniah diburukkan tetapi bila dah menang apa yg
dia buat bukan perbaiki insaniah tapi anda sendiri tahu.. terimakasih
kepada penyokong2 BN..
Komen Seorang Penyarah Kolej Insaniah
Kiriman dari
Komen Bukti Warga Kolej Insaniah di anaiya oleh Mukriz
Kiriman Hilmi Anasat
Nasib Staff "Terbela" Nasib Pelajar Pula Teraniaya.
Setelah semua staff gembira kerana mendapat durian runtuh apabila MB Kedah mengumumkan Kolej Universiti Insaniah diletakkan dibawah Badan Berkanun Kerajaan Negeri (Hakikatnya sejak dulu lagi KUIN adalah badan berkanun kerajaan negeri cuma tidak diumumkan dikhalayak ramai) kini nasib pelajar pula dizalimi. Saya ingin mendedahkan bahawa hak staff yang terbela itu adalah mereka kini sudah berani untuk keluar masuk waktu kerja sesuka hati dan sanggup mempermainkan pelajar KUIN.
Kini semua pelajar KUIN di kampus Kuala Ketil (hampir 2000 orang) akan dipindahkan ke kampus mergong. Asrama Faraby yang hanya satu2nya asrama pelajar KUIN di mergong akan dimampatkan seperti "Tin Ikan Sardin" untuk menampung semua pelajar KUIN (kini dianggarkan seramai 7000 orang). Para pelajar telah berusaha untuk mencari rumah sewa disekitar alor star walaupon dikenakan bayaran sewa yang hampir mencecah RM600. Hakikatnya pelajar terseksa kerana agak susah diwaktu ini untuk pelajar mencari rumah sewa di sekitar mergong & alor star.
Sedarlah kita semua bahawa "Aku Janji" kerajaan negeri kedah sekarang adalah hanya untuk melihat kehancuran KUIN bukannya menyelamatkan KUIN. Hanya baru memerintah 3bulan kerajaan negeri kedah, mereka sudah berani bertindak sedemikian rupa. Bagaimana dengan nasib pelajar KUIN untuk 3 tahun 9 bulan lagi?
Saya memohon kepada sahabat sekalian sama-sama kita bangkitkan menolak penipuan & kezaliman!!!
"Mahasiswa Tolak Penipuan & Kezaliman"
Cikgu Azman Adun Lunas Bersuara
Ini barulah yg dikatakan pemimpin, berani untuk bersuara, siap bagi no telefon untuk dihubungi bagi staff atau pelajar KUIN yang mempunyai masalah Persoalan aku kat sini.. Kalau hang ingat la dulu.. Bukankah Kolej Insaniah nie.. Pernah menjadi alat BN untuk menyerang Kerajaan PAS.. Tapi kenapa sekarang macam nie? Adakah nie politik dendam Mukriz?
No comments:
Post a Comment