VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 25 July 2013

Senarai Pemberian Gula-Gula BN sempena PRK di Kuala Besut


1. Projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut.
TPM – Mingguan Malaysia 21 Julai 2013


2. Peruntukan menaik taraf Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir sebanyak RM343,000
TPM – Bernama 17 Julai 2013

3. Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan peruntukan bernilai lebih RM10 juta untuk membina pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Lay Out.
The Malaysianinisider / Kosmo – 17 Julai 2013

4. Bantuan RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
TV9 14 Julai 2013

5. Muhyiddin meluluskan peruntukan RM28 juta projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut.
Majlis Pecah Tanah Kg Alor Peroi Kuala Besut 16 Julai 2013

6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut.
Bernama 17 Julai 2013

7. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.Projek itu ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke perkampungan di pulau itu.
Berita Harian 20 Julai 2013

8. Kerajaan negeri meluluskan pembinaan 200 unit rumah mengikut program perumahan rakyat, yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dengan kos RM28 juta atau RM140,000 seunit di Pulau Perhentian.
MB T'ganu – Bernama / Kosmo 17 Julai 2013

9. Sebuah masjid terapung dengan kos RM12 juta, selain pelaksanaan projek bagi perairan dan tapisan kumbahan bernilai RM10 juta.
TerengganuToday 5 Julai 2013

10. Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan Nangka.

KAYA BETUL BN. Boleh bagi macam2 projek dalam tempoh kurang 2 minggu.

Mohon PM ka TPM ka umumkan pulak projek-projek untuk DUN yang lain.. Kata semua-semua dah ada perancangan.. Kalau tak umum, jangan marah kalau orang kata kat Kuala Besut ni = RASUAH..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.