VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 26 December 2013

Surat Terbuka: 'Saya nak berdebate dengan Dr. Muhaya'

Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama – sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.


Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat – rakyat saya yang miskin menjaja dihambat hujan dan syaitan bernama DBKL. Saya tidak mahu menjadi seorang intelligentsia socialist maka saya memberanikan diri sendiri untuk terlibat di akar umbi memerhati sendiri, mencakna diri, melihat segala potensi apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat – rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari, di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama Siddhartha Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan memerhati manusia – manusia yang ada rahmat, adanya laknat.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Dr. Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia ini, adalah berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan kondisi social di mana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, dan paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu guna dalam kehidupan seharian. Pertama, pandangan yang kita melihat setiap hari, kedua, latar yang kita tinggal, dan akhirnya, tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.

Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang bersesak padat, yang penuh dengan manusia – manusia proletar yang saban masa bekerja mencari rezeki, maka kita akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap kehidupan yang kita mengalami setiap hari.

Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi mat – mat berkopiah dan minah – minah berpurdah yang setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan akan masuk syurga, maka segala jargon – jargon kita akan menghasilkan bau – bau ‘wangi’ seolah – olah kita berada di dalam syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.

Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba berucap dengan ucapan – ucapan kasih dan cinta melalui bahasa – bahasa motivasi, dan dr. berpandangan bahawa semua kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul?

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa Dr telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan menyakitkan orang – orang biasa seperti kami, membuatkan saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak maklumat tentang Dr.

Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok – sosok yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah saling bersentuh – sentuhan dengan kehidupan – kehidupan yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan cakap – cakap, bicara – bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic dan dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil kudrat dia dan pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.

Apa – apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja yang Dr pakai setiap hari, apa – apa sahaja, diulang, segala – galanya adalah kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr, lah yang menyebabkan Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana. 

Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah motivasi dari dr., dr. sendiri pun tidak akan mampu menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada dr. terpaksa meminta Dr. Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada Dr. atau Dr. Noor Aniah, iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi atau Dr. Noor Atiyah untuk memberikan saraan bulanan kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah Dr. masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.

Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata – kata yang dikeluarkan oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan seorang bourgeois yang tinggal menetap dalam alam ‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan. Apa ini?

Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat dr. di sini kerana, inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat elite sama sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat marhaen yang jauh lebih terseksa daripada dr.

Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau – bau middle class, dan sedang berusaha membuang bau – bau ini dengan sedaya upaya mengabdikan seluruh kehidupan saya kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin.

Bahkan orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya juga, menggunakan segala gajet – gajet canggih, pun belum tersisih dari bau middle class.

Cumanya kami tidak berani untuk mengeluarkan pandangan – pandangan yang sarat dengan kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan bertenang lagi?

Solusi keluar dari bebanan hidup



Dr,
Solusi keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan sama sekali, sangat elite, sangat bourgeois, sangat middle class, dan sangat tidak patut sama sekali keluar dari mulut dr.

Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana sejauh mana sensitivity seorang terpelajar terhadap penderitaan marhaen? Apakah ilmu – ilmunya, yang ia peroleh hasil kerja keras kaum pekerja yang membangunkan segala infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada rakyat terbanyak, ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? Ilmu – ilmu dr, akhirnya akan berpihak kepada siapa?

Pada minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud, segala kenaikan ini, mahu atau tidak, setuju atau tidak setuju, kita kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju, pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.

Minit 0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting adalah respon, adalah bagaimana cara kita menyikapi itu adalah yang paling penting.

Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ dr. iaitu keadaaan yang negative akan berubah menjadi baik bila di + dengan response yang positive. Ini teori siapa yang ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri.

Saya fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr. sedang bercanda gurau di hadapan family tanpa merujuk buku – buku ekonomi dan terlibat secara aktif dalam kancah pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli cili. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun, kacang panjang, dsbnya. Seolah – olah dr. tak terkesan langsung dengan kenaikan harga barang. Seolah – olah dr. di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di kampung dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak tahu bagaimana dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis

Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir sebegini. Kerana saya membelek – belek Harakah, seminggu dua ini, mereka mula mengajak rakyat, seperti biasa, untuk tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai – ramai ke jalan untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah ini.

Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan ubah cara berfikir dr. itu. Cara dr. akan menyebabkan Rosmah akan semakin boros dan boroi dengan harta Negara akan masuk ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak berfikir apa – apa tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu menjual air liur dr. kepada kami?

Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi – motivasi orang seperti dr?

Begitu ramai orang masih terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea motivasi dr?

Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum keluar dari keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?

Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr. menyangka kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif?

Untuk pengetahuan dr. saya beritahu berterus terang, rumah saya ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong. Kami lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti subversive terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran).

Dan dr. saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat elite dr. Cuma terakhir, dr. perlu ingat, rakyat di luar bukan sahaja pandai membuat sambal tumis, bahkan lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan 20 an ke atas telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh suit dengan kehidupan yang membebankan ini.

Adakah dr. menyedari?
(dan saya tidak merokok. Tapi saya bercadang untuk menanam ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka dan system pendidikan musibat yang cuma menghasilkan elite – elite seperti dr)

Tulisan Benz Ali pada 25hb Disember 2013 pukul 11.37 ptg

UlasanDr. Muhaya kata jangan dok benci kat orang.. Agaknya Nabi Musa perangi Firaun tu pasai apa.. Pasai kasih sayang?

3 comments:

  1. Salaam.

    Setuju dengan penulis.

    Nabi Ibrahim AS juga berasa amat sakit (hati) dengan amalan kaumnya yang menyembah berhala.

    ReplyDelete
  2. Laaa .. ini owang merepek lagi.. xhabis2 duk create hadis palsu SDN BHD.
    for Muhaya... free advice...consentrate kat klinik udah lerr prof. bidang u ttg mata + motivasi. bab ugama please la stop merepek. bnyak kerja nak settle kalau dah sekali u wt kuar fatwa mngarut. yg hari tu pun xreply lagi surat / email i.


    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4090784404014&l=637e398303

    http://omakkau.blogspot.com/2013/12/penjelasan-prof-dr-muhaya-kemarahan.html

    ReplyDelete
  3. ek ele lu dah miskin nak marah2 orang kaya psl apa?rezeki masing2 la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.