VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 28 December 2013

Pakat-Pakat Kalih Desak Kerajaan PR Pulau Pinang Prihatin Dengan Perniaga Melayu Persisir Pantai

PARA peniaga yang merayu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mereka tidak diusir.
PARA peniaga yang merayu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mereka tidak diusir.
"TOLONG, jangan usir kami, " demikian rayuan tujuh peniaga Melayu di Pesiaran Bayan Indah, Daerah Timur Laut,kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah menerima arahan dari Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut supaya mengosongkan premis perniagaan mereka pada 31 Disember 2013.


Arahan bertarikh 10 Oktober 2013 itu menyebabkan kesemua peniaga Melayu yang telah menjalankan perniagaan mereka antara empat hingga 15 tahun berada dalam kecelaruan.


Mereka bukan saja akan kehilangan punca pendapatan untuk menyara keluarga, malah seramai 80 anak muda Melayu yang menjadi pekerja di situ akan turut kehilangan pekerjaan.


Lokasi perniagaan berhampiran pantai itu menjadi tumpuan pengunjung kerana kedudukannya yang begitu strategik,kemudahan tempat letak kereta,dingin dan pemandangan laut yang menarik.


Menurut mereka, beberapa siri pertemuan telah diadakan dengan kerajaan negeri memohon supaya lokasi yang lebih sesuai disediakan memandangkan kebanyakan mereka telah menghabiskan lebih RM100,000 bagi menyediakan segala kemudahan untuk pengunjung di premis perniagaan tersebut.

Namun begitu sehingga ke hari ini, kedudukan mereka masih lagi tidak menentu dan membimbangkan kerana tarikh untuk berpindah cuma tinggal beberapa hari saja lagi.

Bagi Juninah Man yang menjalankan perniagaan ikan bakar sejak empat tahun yang lalu mempunyai 17 orang pekerja, amat berharap nasib mereka dapat dibela oleh kerajaan negeri dengan memberi penempatan berdekatan laut dan pampasan yang setimpal.

"Kami amat berharap nasib kami dapat dibela setelah berniaga di sini sekian lama.Bukan saja kami akan kehilangan punca pendapatan,malah ramai pekerja kami yang juga anak-anak muda Melayu akan turut kehilangan punca pendapatan, " jelasnya.

Manakala Nor Hazlisham Hanafi, yang mempunyai sembilan orang anak yang masih bersekolah serta 25 orang pekerja, akan turut kehilangan punca pendapatan sekiranya nasib mereka tidak diberi pembelaan sewajarnya oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang.


"Ramai antara kami hanya mengharapkan perniagaan di sini untuk meneruskan kehidupan, jika tindakan merobohkan dilakukan tanpa ada tempat ganti, kami memang dizalimi serta tidak dibela, " jelasnya.

Begitu juga dengan Aziz Abdullah yang telah menjalankan perniagaan makanan seperti laksa dan bihun selama lima belas tahun dilokasi yang sama akan turut kehilangan punca pendapatan sekiranya tindakan pengusiran dilakukan oleh kerajaan negeri pada 31 Disember yang akan datang.


"Saya dah berniaga di sini 15 tahun, mana mungkin semua kos yang telah dibelanjakan mencecah ratusan ribu ringgit akan hilang begitu sahaja.Kenapa semasa awal kami menjalankan perniagaan di sini tidak ada mana-mana pihak pun yang mendakwa tanah ini akan digunakan.

"Kini setelah ia menjadi tumpuan,tiba-tiba diarah pindah dengan segera.Ini bukan membela nasib kami. Ini adalah kezaliman kepada peniaga Melayu di sini, " tambahnya lagi.

Sementara itu Mohd Suhaimi Abd Hamid yang mempunyai 11 orang pekerja serta menjual nasi ayam,laksa,bihun sup sejak enam tahun yang lalu amat berharap peniaga Melayu di lokasi tersebut tidak akan menjadi mangsa pengusiran melalui pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.


Mereka amat berharap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta timbalannya Datuk Rashid Hasnon sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut memberi pembelaan dengan membantu menyelesaikan masalah ini tanpa membiarkan mereka rugi dan menjadi satu lagi mangsa kepada projek pembangunan yang akan dilaksanakan. -malaysiagazette



Komen anak tokey kedai
Bekas TKM berpesan kpd TKM yg baru supaya tidak mnjadi pmimpin yg zalim .. orang miskin yg berniaga di tepi pntai simpang jeti pulau jerjak en aziz abdullah telah brniaga lebih drpd 15 tahun yg lalu .. janganlah beliau di aniyakan tanpa bayaran pampasan oleh tauke2 besar yg akan berniaga ratusan juta di kawasan ini .. bayarlah pampasan sewajarnya dan ditempatkan di tempat yg lebih strategik .. oleh mantan TKM Dato Rashid

Kita kena pertahan habis-habisan.. Kami dari Pakat-Pakat Kalih mendesak dan akan memberi tekanan kepada KM dan TKM.. Aku di paham oleh kawan orang kuat khai loon, Kerajaan nak amik kedai ini untuk buat lorong basikal.. Akan tetapi kerajaan negeri belum memutuskan tempat perniagaan baru..

Dan aku di pahamkan oleh orang kuat wanita PKR Pulau Pinang sudah 3 kali wanita bersama pengusaha ini naik turun komtar jumpa TKM dan mendapat maklum balas yang mengecewakan. Beliau berkata ini tanah kerajaan dia tidak boleh buat apa.. Tapi dalam masa yang sama dia akan cari tempat baru sebagai ganti..

Persoalan aku bila nak dapat tempat baru tu?

Wanita PKR turut berkata " Bayangkan kalau peiuk nasi kita di tabur pasir apa perasaan anda.... Apa nak makan?"

Siapa pa pun aku lawan aku aku rasa tidak mengikut prinsip aku
"Asalkan kita berjuang untuk kepentingan rakyat, kita me- nuju ke landasan yang tepat"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.