VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 26 December 2013

Siapa Sangka Sebenarnya Kupasan Positif Dr. Muhaya Untuk Najib Razak Dan Rosmah Mansur

Surat terbuka seorang lagi anak muda kepada kerajaan.

Saya antara beribu-ribu peminat Prof Dr Muhaya Mohamad. Minatnya saya terhadap kata-kata positif beliau hingga membuatkan saya sering memuat turun ceramah-ceramah beliau untuk didengar kala waktu senggang.

Hari ini, membaca laporan mengenai respons beliau terhadap solusi keluar dari bebanan hidup membuatkan saya tersenyum sendiri. Tidak dapat dinafikan, inilah nasihat terbaik yang ingin saya dedikasikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor.

Moga ini versi terbaik untuk dibaca oleh Yang Amat Berhormat sebagai bahan muhasabah. Ya, kerajaan perlu positif dalam menanggapi amarah rakyat terhadap isu kenaikan harga. Jangan tanya apa yang rakyat risaukan, tapi persoal apa yang kerajaan lakukan untuk mengatasi kemelut ini? Mari kita sama-sama hayati pesanan Prof Muhaya ini.


“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif.”

Sudah lumrah mana-mana negara sekalipun, rakyat akan marah jika harga keperluan seharian naik angkara kegagalan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara, dan sudah semestinya kerajaan juga perlu faham konsep ini.

Tidak ada situasi di mana rakyat yang tertindas tidak akan memuncak kemarahannya, memang kami akan naik darah. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kerajaan terhadap apa yang berlaku.

Kalau kerajaan guna formula ini, peristiwa yang berlaku ditambah dengan respons kerajaan akan menghasilkan hasil kehidupan rakyat Malaysia hari ini. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif.

Malangnya, memang respons kerajaan sangat negatif. Bagaimana seorang pimpinan pelajar yang menyuarakan isi hatinya supaya kos sara hidup diturunkan, mereka ditanggapi laksana seorang pemberontak. Hasilnya, kami akan terus bangkit membawa Gerakan Turunkan Kos Hidup, atau Turun, sebagai manifestasi terhadap sikap negatif kerajaan terhadap suara hati rakyat.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, Prof Muhaya menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Justeru, kami rakyat juga menyarankan agar kerajaan memaksimakan badan-badan dan agensi-agensi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini hingga ke dasar, bukan sekadar sibuk menuduh orang itu dan ini sebagai syiah.

Jangan kata kerajaan tiada pilihan, tetapi kerajaan patut tanya bagaimana untuk kami lebih mampu meringankan beban rakyat? Nilai berapa jam yang digunakan oleh menteri-menteri dan pegawai kerajaan digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Contoh sebelum ini, jika kerajaan menganjurkan konsert-konsert hiburan kepada anak muda, apa yang rakyat dapat? Kalaulah kerajaan benar-benar memikirkan bagaimana untuk memanfaatkan hasil sumber negara, selesaikan masalah korupsi dan ketirisan dalam pentadbiran, kurangkan harga cukai yang membebankan, pasti amarah rakyat tidak seperti ini.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Ya, corak belanja keluarga sang menteri juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan rakyat. Mengapa di saat rakyat menderita, elaun menteri tidak pernah berkurang?

Bagi yang berbelanja menggunakan duit kerajaan terutamanya, audit balik perbelanjaan. Beg tangan, penerbangan mewah, melancong ke luar negara, semua ini tidak membina nutrisi rakyat, jadi kalau boleh elaun perdana menteri perlu dipotong, dan kurangkan perbelanjaan yang tidak penting seperti membawa isteri bersama dalam urusan rasmi menggunakan wang negara pula.

Kata Prof Muhaya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, Allah akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Dan ini adalah kemuncak nasihat yang saya suka. Kalaulah konsep keberkatan ini ditekankan dalam kerajaan pemerintahan Barisan Nasional sejak dari awal lagi, kalaulah mereka bekerja sekurang-kurangnya, jika tidak mampu lebih, seperti gaji yang mereka peroleh, sudah lama negara kita terselamat daripada bencana ini. Tekanan hidup melahirkan manusia yang kejam untuk bertahan daripada kezaliman sistem.

Mungkinkah pula kerajaan ini kerajaan yang suka merungut dan mengeluh? Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan diberi apabila rakyat meminta penjelasan. Dia sibuk mencari faktor di luar diri seperti rakyat tidak tahu bersyukur, harga minyak dunia naik, keperluan menampung hutang negara tanpa melihat faktor dalam diri seperti betapa tidak amanah dan tidak kompetensinya mereka menguruskan amanah rakyat.

Negara diberi keuntungan berdasarkan nilai yang kerajaan beri kepada dunia. Menteri gaji RM100,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM100,000, Allah akan beri keberkatan RM1,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah.

Semoga Datuk Seri celik mata dan hati dan minda selepas membaca nasihat ini. Bukan rakyat sahaja yang perlu positif menanggapi isu kos sara hidup ini, kerajaan juga tidak patut menyalahkan amarah rakyat, bahkan perlu bergerak berfikir secara positif, bagaimana mahu mengatasi kesengsaraan rakyat hari ini, apabila semua harga dinaikkan serentak.

Celik mata – reset minda; berubahlah demi kebaikan negara. DECEMBER 26, 2013

* Penulis merupakan aktivis Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

1 comment:

  1. KETUA LANUNG SELANUNG 1MALAYSIA DAN HANTU BINI - X MAKAN SAMAN SERTA NASIHAT? X YAH BERI APA-APA..DEPA BERDUA TU MUKA TEMBOK!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.