VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 27 December 2013

Penghasut Berjaya Hasut Penyokong Pakatan Rakyat Mengundi BN Pada PRU 13 TETAPI Kecewa Apabila Najib Menyusahkan Rakyat

Tahniah atas kejayaan beliau kerana berjaya menghasut penykong tegar Pakatan Rakyat.. Tapi sekarang terpaksa menangung malu kerana tindakan dia yang lepas sehinggakan dia sendiri pon menyesal.. 

Terkilan dan tak dapat menjawab apa persoalan yang di ajukan mungkin dia akan mendapat penyakit kemurungan.. 

Sekarang.. 
Aku cuba selami hati seorang Ahli umno yang merasai terbebannya dengan kos sara hidup yang meningkat.. 

Paling terima kasih kerana Najib berjaya memimpin BN hingga menang majoriti mudah pada PRU yang lepas. Maknanya, nak tunggu kemenangan tu pun, para penyokong BN berpeluh dahi dan ketiak jugala melihat, satu demi satu kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang.

Kemudian BN pun menang dan menubuhkan kerajaan..

Selepas menang, kami penyokong kerajaan merasa nikmat kehidupan yang sediakala dan serupa macam biasa. Kami bersyukur, kerana Malaysia masih aman dan mampu untuk kami mencari rezeki.

Lepas menang saja, Kerajaan BN sudah naikkan harga gula dan minyak petrol. Bila minyak petrol naik, maka berlumba-lumbalah barang keperluan lain juga telah naik. Sedikit sebanyak kenaikkan ini dirasai oleh rakyat. Janji pemantauan harga barang pula, hanya hangat-hangat tahi ayam. Hanya hebat pada mula, selepas sebulan, penguatkuasa pun dah tak nampak batang hidung.

Selepas minyak dan gula, rakyat Malaysia diberitahu bahawa minyak masak, tepung, tarif elektrik, tol dan beberapa lagi barangan keperluan lain akan naik tahun hadapan. Paling terbaru, ialah kadar tambang LRT dan Monorel pun akan di naikkan juga. Pehh.. memang hebat dan tersusun strategi kenaikkan harga barang yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Disamping itu, cukai GST akan diperkenalkan, GST tu bagus, cuma perlaksanaan GST juga akan mengakibatkan sedikit inflasi, akibat daripada inflasi tersebut, kemungkinan besar harga barangan keperluan yang lain juga akan naik 3-4%. Ehh.. Naik lagi?

Bermakna tahun 2014 nanti, hampir semua barang keperluan, tol, tarif letrik, tambang LRT dan monorel akan naik. Agaknya cukup ke kenaikkan itu saja? Rasanya macam tak cukup lagi tu. Rakyat Malaysia kan kaya! Boleh naik lagi apa yang patut.

Cuma PRU ke 14 nanti, get readylah kita menjadi pembangkang. Bila semua harga dah naik, sudah tentu rakyat Malaysia suruh Najib turun pulak nanti kann. Asyik naik saja, bila nak turun, betui?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.