VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 26 December 2013

Keprihatinan Kerajaan Selangor Yang Tidak Mungkin Menjadi Bualan Di Kaca TV Kerajaan


Keprihatinan Kerajaan Selangor menyediakan subsidi tambang bas sekolah dialu-alukan, terutamanya menjelang tahun keperitan rakyat pada 2014 akibat pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan BN.bas sekolah

Dengan pemberian subsidi bas sekolah sebanyak RM 300 bagi setiap pelajar, bebanan ibu bapa yang kini semakin terhimpit membesarkan anak-anak dapat dikurangkan.

Pendapatan yang ada memang tidak cukup dalam keadaan ekonomi sekarang, apalagi bagi menghadapi pelbagai kenaikan pada tahun hadapan.

Bantuan Kerajaan Negeri memang sangat dihargai terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah ini di tambah dengan pelbagai isu kenaikan barang dan perkhidmatan yang diumumkan Kerajaan BN termasuk desas desus kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus.

Inisiatif Kerajaan Negeri ini bertepatan dengan konsep kerajaan yang mendahulukan rakyat.

Inilah tugas sesebuah kerajaan, iaitu untuk menolong rakyat yang susah, bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.