VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 24 December 2013

Calender Memperingati Rakyat Malaysia Tentang Kenaikan Harga Barang dan Perkhidmatan.. Mohon Cetak dan Edar

Untuk elak daripada rakyat Malaysia lupa dan nanyok dek kerana pemberian yang akan membutakan mata dan memekakkan telingan tentang isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan si susuli dengan GST 6%.. Satu cadangan yang bernas dari Sahabat kita.. Cetak dan edarkan calendar seperti ini.. Lumrahnya manusia akan terlupa samada secara automatik atauppon secara manual.. Dengan isu dan umpan terbaru.. 


'Selamat datang 2014 - tahun barang naik'


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kemungkinan harga tambang pengangkutan awam naik tahun depan mengesahkan dakwaannya bahawa 2014 bakal dikenang sebagai "tahun barang naik".

Katanya, beliau pernah memberi amaran bahawa BN merancang menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang 2014, sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015. 

Ini kerana, tambahnya, BN tahu bahawa GST akan melonjakkan inflasi dan kenaikan harga sukar dibuat selepas itu memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan sekitar 2017-18.

"Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan," katanya.

Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat semalam berkata, badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambang, susulan kenaikan tarif elektrik.

Katanya, kemungkinan ada kenaikan tahun depan tetapi kuantumnya masih belum ditetapkan kerana perbincangan dengan semua pengendali dan kajian terperinci perlu dibuat terlebih dahulu.

Dalam kenyataanya hari ini, Rafizi berkata, kenaikan itu bakal memberi kesan berganda kepada harga barang-barang yang lain, mempengaruhi inflasi dan menyebabkan kenaikan harga secara keseluruhan.

Tambahnya, walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM7 bilion bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, ia tidak dapat membantu rakyat.

Rafizi juga menggesa kerajaan membuat akujanji dengan rakyat untuk tidak menaikkan tambang pengangkutan awam sehingga 2017 dan beliau sanggup meminta maaf.

"Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini," katanya.

Boleh kan kalau di lanjutkan lagi cetak dan edar calendar nie sehingga 2018 (PRU 14)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.