VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 26 December 2013

Keluhan Polis Preman (SB) Semasa Flash Mob Bantahan Kenaikan Harga Barang Tempoh Hari


Pada ahad lepas ada sebuah flashmob yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan(ngo) di hadapan sogo menandakan protes bagi kenaikan harga barang.

Aku yang haritu datang dengan berpakaian biasa yang tidak menunjukkan apa-apa sokongan malah tidak menegur rakan-rakan NGO yang aku kenali kerna ingin melihat 'majlis' tersebut dari luar sebagai 'orang biasa'.

Dalam aku perhatikan dan lihat dari jauh aku nampak kesungguhan dari sahabat-sahabat yang aku sendiri kenal dari tahun-tahun yang lalu. Ada juga yang berjuang lebih lama malah sejak aku kecil lagi. 

Cukup untuk itu, aku ketepikan dulu nostalgia yang ada. Hanya nak bercerita dan menceritakan sedikit pengalaman aku.

Waktu aku duduk memerhati gerak-geri peserta flashmob tersebut aku duduk dibawah sebuah pokok. Sambil melihat setiap gerak geri tersebut telinga aku diselang-selikan dengan 3 orang lelaki dewasa yang aku dengar jelas perbualan mereka.


Seorangnya berbaju biru muda berkolar, seorang berbaju hitam memegang kamera dan seorang lagi berkaca mata hitam dan berbaju kolar kelabu. Mulanya aku tak berminat nak mendengar perbualan mereka.

Tapi dari apa yang aku dengar, aku boleh agak diorang ni polis preman(SB) yang cukup aku biasa jumpa dalam program-program sebegini. Malah dalam program ceramah umum biasa pun mereka hadiri. 

Apa yang mereka bualkan cukup menarik perhatian aku untuk mendengar lanjut. Cukup aku singkatkan, mereka berbual tentang perhimpunan ini. Dalam masa yang sama diorang mengatakan diorang menyokong apa yang diusahakan NGO. Namun begitu abang berkaca mata hitam berkolar kelabu tersebut lebih nampak kepada menola apa yang dibawa oleh NGO tersebut.

Namun dua dari pada sahabat tersebut terus menerus menerangkan tujuan NGO tersebut kepada abang berkaca mata. Dalam usaha mereka dan 'curi tulang' mereka tu aku terdengar satu perkataan yang buat aku terfikir.

"Kita tahu apa yang diorang 'bawa' betul. Aku pun sokong. Sapa suka barang naik? Gaji aku pun tak seberapa. Isteri aku mengeluh beli susu pun dah berkira-kira sekarang untuk anak aku. Kita sokong, tapi nak buat macam mana... Dah kerja kena 'jalankan' jugak tugas kita.." Keluh abang berbaju biru muda berkolar.

Dan perbualan terhenti selepas tu, mungkin 'mereka' perasan yang aku sedang mendengar apa yang diorang bualkan. Terus diorang berpecah dan meneruskan 'kerja' yang mereka tinggalkan. 

P/s: Pesanan aku kepada abang-abang polis yang bakal berkawan dalam himpunan aman membantah 'salah laku' kerajaan di Dataran Merdeka agar menjalankan kerja dengan 'seikhlas dan sebetulnya'. Rakyat berhimpun bukan nak jatuhkan sesiapa, hanya melahirkan rasa hati yang tidak didengari 'kerajaan'. Jangan risau, jalankan kerja anda dan kami juga menjalankan 'kerja' yang kami buat. 

- Polis dan rakyat bukan bermusuhan, tiada polis tiada rakyat - 

\\\ Cerita ditulis oleh Crew Mediajer yang menghadiri flashmob tersebut ///

1 comment:

  1. biasalah tu bro..mereka juga manusia...tpi dah kehendak org atasan dan paling 'bangsat' tekanan oleh org politik kena buat juga..periuk nasi bro...tpi yg mmg suka kerja ne kerana mengejar habuan pun ramai jugak...kita simpati pada yg ikhlas buat kerja tapi tertekan...sabor jelah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.