Terima Kasih Atas Keprihatinan Lim Kit Siang
Saya amat berterima kasih kepada cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang atas keprihatinan beliau ke atas flash mob kangkung yang telah diadakan. Sebagai salah seorang anggota dalam Pakatan Rakyat, saya juga amat marah serta khuatir dengan tindakan UMNO dan penyokongnya yang selalu memainkan isu perkauman untuk mengalihkan fokus.
Dalam pelbagai himpunan yang diadakan oleh UMNO dan bersekutu mereka seringkali penuh dengan perkauman dan keganasan. Orang ramai memang tidak berpuas hati dan bantah perbuatan UMNO yang ganas dan keras. Pimpinan UMNO juga terpaksa memisahkan perkaitan di antara UMNO dengan himpunan pada Ahad yang lepas yang telah menjadi ganas dan kekerasan. Ini bermakna kad perkauman yang sering dipermainkan tidak berkesan serta politk negara kita dalam tren yang progresif dan matang.
Berkenaan dengan cara flash mob kangkung diadakan, seperti apa yang disebutkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, “sebagai seorang Melayu, saya tidak terasa terhina”. Flash mob kangkung adalah simbolik yang mengharapkan Perdana Menteri boleh prihatin terhadap perasaan rakyat yang susah dan tidak bermaksud untuk menghina sesiapa. Flash mob tersebut adalah respon kepada isu harga barang naik dan ia merupakan isu rakyat yang mempengaruhi semua kaum.
Oleh itu, saya tidak akan tunduk kepada kenyataan perkauman dan keganasan UMNO. Mereka adalah pencetus yang sebenar kepada apa yang berlaku baru-baru ini. Saya menegaskan bahawa yang paling mustahak sekarang adalah meneruskan gerakan rakyat membantah harga barang naik serta cukai GST dan seterusnya mendesak kerajaan Persekutuan untuk mendengar suara dan kesusahan rakyat.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberi oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat, sahabat seperjuangan saya di Jawatankuasa Backbenchers Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Persatuan-persatuan NGO serta pengundi-pengundi saya.
LEE KHAI LOON
ADUN Machang Bubuk
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment