Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk mengikut telunjuk menteri? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.
Kenyataan Penuh:
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.
Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.
Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.
"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.
Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.
Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.
Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
Kalau macam tu.. Nak beli minyak RON95.. Kena tunjuk slip gaji lah nampaknya.. Kalau tak macam mana nak tau orang tu layak ke tidak.
Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam cadangan terbaru ini?
No comments:
Post a Comment