Satu laporan polis sudah di buat selepas tindakan samseng kangkung yang kalah dengan hujah guna akal di balas dengan tindakan fizikal..
Laporan polis ini di buat oleh Ikhwan Nasser SUK Kerajaan Negeri Pulau Pinang.. Dalam laporan beliau
Pada jam 11.00 pagi @ 19/1/2014 peserta demostrasi berarak dari tempat himpunan lebih kurang 200 hingga ke 300 orang ke pejabat Yb dan mula berkumpul di pejabat Yb dengan membawa sepanduk berunsur ugutan antaranya kita bakar pejabat Yb dan di letakan di pintu-pintu premis dan pimpinan mereka mula berceramah berunsur ugutan dan perkataan-perkatan berunsur perkauman pada jam lebih kurang 1200 tengah hari satu kejadian keganasan berlaku dimana peserta demostrasi memukul satu orang awam yang berada di sana atas tindakan agresif tersebut saya berasa bimbang tentang keselamatan staf yang bertugas pada setiap hari isnin hingga jumaat dan takut sekiranya perkara tersebut berulang saya juga memohon agar pihak polis menyiasat berkaitan demostrasi tersebut demi keselamatan Yb dan pekerja yang berkerja di premis tersebut sekian laporan saya.
Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Macahng Bubuk.
Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...
Anggota Pendesak Melayu Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.
Sebelum ini Khai Loon berkata bahawa kami menganjurkan flashmob untuk memprotes terhadap kenaikan harga dan sikap tidak bertanggungjawab PM Najib.
Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kenaikan harga.
Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kerajaan lebih suka untuk mencuci tangannya dengan berkata bahawa ia tidak harus dipersalahkan kerana kenaikan harga.
ADUN PKR sumbat kangkung, DAP pula yang kena serang
Tapi apa yang lawaknya, peserta himpunan yang kononnya marah dengan tindakan Khai Loon ADUN PKR itu rata-rata mengamuk dan menjerit-jerit marah kepada Kit Siang dan Guan Eng DAP.
Nampak sangat peserta peserta himpunan ini tak tahu pun apa sebenarnya yang mereka perjuangkan dan matlamat dalam himpunan itu.
Himpunan Pendesak Melayu sentiasa HALAL
Bila himpunan dianjurkan oleh pendesak melayu, maka ia secara automatik menjadi himpunan aman. Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan boleh dianjurkan.
Tapi Himpunan Pertahankan Najib ini tercetus selepas ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut replika PM tiga hari lalu. Ini bermakna belum sampai seminggu pun himpunan ini dirancang.
Tapi biasalah, faham-faham sahajalah, Pendesak Melayu buat apa pun halal. Dulu kata himpunan jalanan bukan budaya kita kononnya, tapi bila Pendesak Melayu berhimpun terus himpunan jalanan diangkat jadi adat Melayu kah kah kah...
Tengok cara pendesak Melayu mainkan isu ini.. Dari isu kangkung terus jadi isu perkauman..
Kalau nak tau berita sebelum nie tolong selak-selak posting aku yang sebelum nie..
No comments:
Post a Comment