VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 20 November 2013

Riot di Stadium Shah Alam.. Penyokong Mengamuk..


Rusuhan berlaku di Stadium Shah Alam sekarang oleh penyokong Malaysia sambil melaung "Presiden FAM BANGSAT sila letak jawatan"! FRU dan PDRM cuba menyekat.



Presiden FAM, sila letak jawatan!
Presiden FAM, sila letak jawatan!
Presiden FAM, sila letak jawatan!

Ultras di Tangkap.. 

Ini diantara comrades Ultras Malaya yang ditahan. Khabarnya tujuan mereka sebenar adalah untuk menghantar wakil berjumpa FAM bagi menyuarakan bantahan mereka kepada Presiden FAM.. malangnya mereka ditahan tak pasal pasal. FAM takut ker

Steady brader, rakyat Malaysia bersama kamu. Kita mahukan yang terbaik untuk pasukan bola sepak negara kita. Syabas !

Manusia-manusia yang menyokong kehancuran Bola Sepak Malaysia, masih tidur lena berbantalkan kekalahan 1-0 dan berselimut kulit Harimau yang dah nazak..

Manusia yang sayangkan Bola Sepak Malaysia, masih berjaga dek dikurung sebalik tirai besi, berbantal simen dan sebuah perjuangan. 

Semoga FAM membuka mata, ada 2 wira yang sanggup tidur di dalam lokap demi Harimau Malaya. 

Ini bukan HOOLIGANS EPL, ini PEJUANG ULTRAS MALAYA!!!

Qatar Layak

Qatar memastikan slot akhir layak automatik Kumpulan D, Kelayakan AFC Piala Asia 2015 menjadi milik mereka apabila berjaya menundukkan Malaysia dengan jaringan satu gol di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Peluang skuad negara untuk layak sebagai pasukan ketiga terbaik pula kian tipis dengan Lebanon dari Kumpulan B dilihat sebagai pilihan utama kini. Jalan sukar yang dilalui akan berakhir dengan kunjungan ke gelanggang lawan menentang Yemen pada Mac tahun depan. 


KEDUDUKAN TERKINI..Pasukan NO.3 Keseluruhan Peringkat Kumpulan Kelayakan.

WALAUPUN MENANG vs YEMEN nanti..PELUANG TERSANGAT LAH TIPIS..!!



Apa lagi yang presiden FAM mahu??

30 tahun mencuba ke piala Asia dan Piala Dunia tapi tetap gagal


Apa lagi yang presiden FAM mahu???
Pemain bersilih ganti,jurulatih bertukar ganti,format liga bertukar ganti,setiusaha agong bertukar ganti

Apa lagi yang Presiden FAM mahu??
100% pemain diatas pada g adalah produk keluaran FAM dibawah pemerintahanya

Apa lagi yang Presiden FAM mahu?????

Kami rakyat hanya mahu Presiden FAM letak jawatan supaya idea dan budaya baru terbit di FAM..!!


Reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Selapas Malaysia Kalah 0-1 Qatar
Aku salute geng Ultras Malaya masa Peristiwa Bersih 3.0.. Hangpa memang berjiwa kental.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.