VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 28 October 2013

Menjawab Gambar Superimpose Ustaz Azam Dengan Ustaz Azizan Untuk Raih Undi Dun Sungai Limau


Oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Salam. Setelah meneliti keterangan-keterangan pihak-pihak yang bertanggungjawab menyediakan profile calon yang mengandungi sekeping gambar yang tidak asli, saya menemui penjelasan berikut:

1. Pihak urusetia telah melantik sebuah syarikat untuk menyediakan design dan mencetak profile calon berdasarkan butiran pribadi calon yang diberikan.

2. Pihak designer memasukkan grafik dan gambar-gambar, dan menghantar beberapa opsyen kepada urusetia untuk dipilih dan dibuat penyesuaian.


3. Setelah harga dipersetujui, syarikat akan mencetak dan membekalkan kepada urusetia dan menerima bayaran.

4. Sehingga jam 3.30 pg tadi tiada siapa tahu bahawa ada gambar tidak asli telah digunakan dalam profile yang telah dibekalkan. Saya membelek facebook dan blog untuk memantau perjalanan dan bahan kempen dan terbaca status Muhamad Mat Yakim, dan hati saya mula kurang selesa. Sebelum memberikan sebarang komen, saya perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab. Pada masa itu, semua jawatankuasa telah dibuai mimpi, saya menanti hingga ke pagi untuk mengetahui kedudukan sebenar.

5. Apabila akhbar sinar harian telah beredar dan kawan-kawan mengirimkan foto muka depannya, barulah saya sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada profile Ustaz Azam.

6. Saya mengirim sms kepada sahabat saya Muhamad Mat Yakim untuk memohon maaf dan akan mencari puncanya.

7. Satu mesyuarat diadakan bagi mengumpulkan maklumat, dan pihak yang bertangungjawab telah dikenalpasti melakukan memalsukan gambar, seolah-olah cuba mensabotaj imej calon PAS yang bersih dan terhormat. PAS Kedah menarik balik profile tersebut dan akan mencetak semula tanpa gambar tersebut.

8. Pada jam 11 pagi, satu sidang akhbar diadakan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan permohonan maaf akan dikemukakan secara rasmi kepada pemilik gambar. Tidak ada niat sama sekali daripada pihak calon mahupun urusetia untuk mengemukakan sesuatu yang palsu kepada pengundi, walaupun sepatah perkataan atau seinci gambar.

9. Mesyuarat seterusnya akan diadakan segera untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang menyebabkan hal ini terjadi.

10. Pas Kedah mempunyai koleksi gambar calon dengan Ust Azizan yang begitu banyak, selama beberapa tahun Ustaz Azam berkhidmat di PAS kawasan Jerai di bawah pimpinan Ustaz Azizan- untuk dipilih sekiranya kita mengetahui gambar yang ada di profile itu adalah palsu.

Sekian terima kasih... Maof laa Mat dehhh!!
Gambar Ustaz Azam bersama Ustaz Azizan 


Dalam berkempen kena berwaspada, musuh dalam selimut ada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.