VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 27 October 2013

GST Tambah Pendapatan Negara, Bebankan Rakyat..

Mana aku beli GST!!!


Malaysia tidak sesuai laksana GST
PAS mendakwa pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah cara kerajaan mengambil wang rakyat bagi menambahkan pendapatan negara.

Oleh itu, PAS tetap membantah  GST dan mengatakan perlaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mengurangkan pengurusan operasinya dan bukannya ianya terus berboros dengan duit rakyat.

Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja, kata  Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media hari ini.

Rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila ia diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada enam  peratus.

Di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar tiga peratus sebelum beransur menjadi tujuh peratus.
“Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja.

“Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk perlaksanaan GST,” katanya.

PAS kata Tuan Ibrahim juga membantah dakwaan bahawa peluasan asas cukai ini mustahak untuk negara kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini.

Cukai tersembunyi
Sebaliknya, katanya rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka, umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai.

“Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat supaya jangan terlalu gembira dengan pengumumkan pelbagai barangan asas seperti tepung, gula, beras dan garam tidak dikenakan GST.

Menurutnya, pada hakikatnya, apa-apa yang dihasilkan daripada tepung, gula, beras dan garam boleh dikenakan GST.

“Ingin diingatkan bahawa kebanyakan barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung datangnya juga daripada para pembekal di bandar.

“Barangan itu sudahpun dikenakan GST ketika tiba di kedai runcit. Walaupun kedai runcit yang kecil itu dikecualikan daripada GST kerana tidak melepasi had minima perolehan tertentu, barangan yang dijual kepada masyarakat kampung sudah tentunya pada harga yang lebih tinggi kerana sudah dikenakan GST oleh pembekal,” katanya lagi.

Menurut Tuan Ibrahim perkara terpenting dalam perlaksanaan GST ialah penguatkuasaan, tetapi kerajaan BN terkenal sebagai kelemahannya.

Sehubungan itu, katanya untuk memastikan GST berfungsi dengan baik iaitu menjana pendapatan yang seharusnya bagi kerajaan, penguatkuasaan perlu dilakukan secara saksama dan adil.



Sengaja mengenakan GST
PAS terbayang akan berlaku masalah di mana kedai yang tidak layak mengenakan GST, akan sengaja mengenakan GST pada pelanggannya untuk mendapatkan pendapatan lebih.

Lebihan wang hasil daripada peratusan tambahan GST itu pula malangnya tidak dilaporkan kepada kerajaan kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah.

Akhirnya rakyat membayar GST ini bukan untuk pendapatan kerajaan tetapi untuk mengkayakan lagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Tuan Ibrahim juga mendakwa, akibat rasuah yang berleluasa, banyak syarikat yang terlepas daripada hukuman atau denda.

Syarikat-syarikat ini menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang yang dikenakan pada rakyat awam, katanya.
“Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk perlaksanaan GST.

“Lihatlah bagaimana kerajaan BN cuba untuk mengurangkan defisit negara. BN tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan, malah perbelanjaan pengurusan meningkat RM15.8 bilion, daripada RM201.9 bilion di 2013 ke RM217.7 bilion di 2014 berbanding peningkatan pendapatan sebanyak RM15.5 bilion dari RM208.6 bilion di 2013 ke RM224.1 bilion di 2014.

“Pengurangan defisit bajet sebenarnya dicapai dengan memotong peruntukan pembangunan sebanyak RM3.2 bilion daripada RM49.7 bilion di 2013 ke RM46.5 bilion di 2014,” katanya.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2015 di mana GST bakal dilaksanakan. Ini bermakna kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan GST untuk meningkatkan pendapatannya.

Mana datanganya pendapatan tambahan ni? 
Sedangkan Najib kata caj cukai diturunkan kepada GST 6 %

***
GST 6%. 

Negara jiran Singapura yang tiada hasil bumi pun memulakan dengan 3% (1994), kemudian 4% (2003), 5% (2004) & terkinj 7% (2007).

Bukankah tahun-tahun sebelumnya, diusulkan kadar 4%? 

Pelaksanaan GST memerlukan regim yang bersih dan efisyen. Malangnya, yang ada sekarang tidak begitu meyakinkan.

“Kalau kita benarkan GST benar-benar dilaksanakan, kita membenarkan wang kita diserahkan kepada penyamun dan perompak.

“Tak payah samun, tak payah rompak, tapi kita sendiri yang serahkan, oleh itu saya dan pemimpin Pakatan lain akan terus berusaha melawan isu ini demi membela rakyat di negara ini,” -Mahfuz Omar

2 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.