Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Razak enggan mengumumkan kenaikan harga minyak ekoran pengurangan subsidi bernilai RM505 juta, hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan berkuatkuasa 26 Oktober lalu.
“Mengapa Perdana Menteri dalam ucapan bajet beliau segan mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM505 juta. Hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan.
“Kita sedia maklum syarikat pengeluar minyak masak dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya untung besar kerana syarikat ini memiliki ladang kelapa sawit yang banyak. Persoalannya mengapa kerajaan memilih mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak,” soal Ketua Pembangkang dalam perbahasan di Parlimen, semalam (29 OKT).
Sehubungan itu, Anwar mencontohi langkah negara jiran, Indonesia yang memperuntuk subsidi minyak kelapa sawit (CPO) sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah walaupun pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahap tinggi ketika ini.
“Mengapa kerajaan Malaysia tidak pilih inisiatif sebegini untuk menyerap pengeluaran CPO berlebihan. Pengurangan subsidi bahan makanan seperti gula dan minyak masak ini, yang rugi dan terus dibebankan adalah rakyat.
“Sebaliknya korporat besar terus dibelai dan dilindungi daripada kerugian,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Ok Sekarang Jom Pikiaq Sat Na..
Harga Minyak Masak RM2.50 -SEKARANG (Tah berapa kenaikan)
Harga Sawit 1Tan RM350-RM450
Harga Minyak Masak RM2.50 -Tahun 2010/11
Harga Sawit 1Tan RM700-RM800
Kenapa jadi macam nie? Di mana rasionalnya harga minyak masak di naikan sedangkan harga satu tan sawit tidak kemana-mana.. Macam mana nasib kami Penanam Sawit/Petani di MALAYSIA? Siapa nak bela?
Tugas Kerajaan Perlu Bela Rakyat, Bukan Menekan
No comments:
Post a Comment