PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM
Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).
Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.
Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.
Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.
Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba
Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.
Saya sangat kasihan dan sedih melihat pesakit-pesakit ini. Inilah saja cara yang dapat saya membantu. Harapannya agar dapat anda menyebarkanya untuk membantu orang-orang yang amat memerlukannya. Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.
Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini. Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja. Anda juga boleh sama-sama SHARE ya!. - Jabatan Pertanian Malaysia
Demo: Penawar darah tinggi, kencing manis dan berkaitan jantung
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat
No comments:
Post a Comment