VOTE ONLINE PASCA PRU14:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 19 September 2013

Peneroka Felda Membuat Bantahan Depan Kilang Sawit.. Isa Samad kan Adoooooooooo..


18 September 2013 - Lebih 150 peneroka di lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka, di sini mengadakan himpunan bantahan penurunan kadar perahan gred (KPG) sawit yang dihantar ke Kilang Sawit Felda Jengka 3, pagi semalam.


Himpunan di hadapan kilang itu membabitkan peneroka Felda Jengka 2, 3, 4, 5, 6, 7, Felda Ulu Jempol dan Felda Bukit Tajau.

Seorang peneroka Felda Jengka 2, Mohd Nasir Abu Hussin, 70, berkata, penurunan KPG itu berlaku lebih sebulan lalu yang mana sebelum ini, KPG dinilai sekitar 20 peratus dan ke atas.

Menurutnya, ada dalam kalangan peneroka memiliki KPG sebanyak 16 hingga 18 peratus sahaja sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian.

“Selama lebih 15 tahun saya hantar buah ke kilang terbabit, belum pernah lagi KPG turun sehingga ke tahap ini.

“Jika jumlah KPG 18 peratus, didarab dengan harga ditetapkan bagi setiap perahan seperti hari ini (semalam) RM24, jumlahnya RM432. Jumlah terbabit didarab pula dengan jumlah tan sawit yang digredkan,” katanya.

“Kalau KPG 20 peratus, bolehlah kami dapat RM480, jadi di situ kami rugi RM50. Jika tiga tan sawit, kami rugi RM150,” katanya.

Dia berkata, segelintir peneroka memperoleh pendapatan bersih RM300 sebulan sedangkan mereka terpaksa menanggung upah pekerja, baja dan pelbagai keperluan lain.

Seorang anak peneroka Felda Jengka 7, Shamsuri Senapi, 32, berkata, hanya kilang terbabit sahaja mempunyai kadar perahan rendah daripada 20 peratus.

“Ada rakan maklumkan saya KPG di Felda Jengka 21 sebanyak 21 peratus, jadi kenapa KPG di sini sedikit sedangkan kualiti pokok dan buah adalah sama.

“Dalam resit, alasan buah ditolak tidak masuk akal seperti kadar hujan, serangan tikus, bahan asing dan sebagainya sedangkan kualiti buah yang kami hantar adalah sama setiap bulan, tapi kenapa bulan ini kadarnya lebih rendah?” katanya.

Sehubungan itu, peneroka terbabit menuntut pihak kilang menaikkan kadar peratus perahan, selain meminta buah yang ditolak pihak kilang dikembalikan semula kepada peneroka.

Pihak kilang juga diminta mengambil buah yang dihantar peneroka tanah rancangan Felda sahaja.

Difahamkan, lapan tanah rancangan ini tidak dibenarkan menghantar hasil mereka selain dari kilang yang ditetapkan dan jika berbuat demikian mereka akan dikenakan tindakan pihak Felda.


Sebahagian peneroka yang menyertai bantahan penurunan kadar peratus KPG di Kilang Sawit Felda Jengka

Masa ada peluang hangpa tak mau tukar la nie dok bantah pasai apa terima saja la.. Isa Samad kan Adooooo.. 

Bila harga sawit nak naik? 

3 comments:

  1. Dulu dulu hampa dok kurung staff rancangan hebat sangat la ni pasai apa tak kurung saja staff kilang tu. kunci gate masuk tu, ada berani?

    ReplyDelete
  2. kalu depa ni pencacai umnoo biaq pi mampui dgn org felda jgn ditolong

    ReplyDelete
  3. "Pihak kilang juga diminta mengambil buah yang dihantar peneroka tanah rancangan Felda sahaja"

    Abes kalau ada pekebun kecil tanam sawit macam mana? ok la dieorg jual terus kat kilang harga tu.. kalau pekebun kecil kena mark up lg ngn orang tengah.. Felda dapat saham suma bagai.. pekebun kecil dapat apa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.