Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.
"Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.
Ketika ditanya berhubung status siasatan, Abu Kassim enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.
Jelasnya, pelaksanaan beberapa program meningkatkan taraf hidup rakyat dan golongan sasaran dilakukan kerajaan sangat baik dan bermanfaat.
Namun di sesetengah organisasi terdapat individu mengambil peluang demi kepentingan diri."Dalam organisasi mereka menjadi titik hitam ini perlu dikeluarkan supaya matlamat dan objektif berjaya," katanya.
Dalam perkembangan lain bagi membendung kegiatan salah laku dalam agensi kerajaan mahupun swasta berlaku, Abu Kassim berkata, SPRM ada menawarkan khidmat nasihat dan rundingan.
"SPRM mengalu-alukan mana-mana kementerian, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta yang mahu khidmat profesional mereka berhubung integriti dan perjalanan prosedur bagi mengurangkan gejala rasuah. Selain menasihatkan, pegawai SPRM juga ditempatkan di organisasi itu," katanya.
Tambahnya, kejayaan pelaksanaan dibuktikan di mana salah satu negeri menggunakan khidmat SPRM, berjaya meningkatkan hasil buminya melalui kutipan cukai yang sebelum ini merosot. -SinarHarian
***
Buat drama la.. Duit Lembu RM250juta tu selamat ka? Family Sharizat siap bebas enjoy lagi.. Sehari pun suami dan anak sharizat tak tidur lokap.. Siasat punya siasat last-last bukti tak cukup.. Kes pun senyap.. Semua tu skrip sebelum PRU13 lagi..
Berbeza dengan budak bawah nie.. Mencuri memang salah.. tapi dia baru curi RM1 sudah 10 tahun penjara.. Macam mana yang curi berjuta-juta.. tak kan hanya Setahun penjara..?
... Yang kaya bertambah KAYA.. Yang miskin papa kedana itulah RAKYAT...
2 malaysia..1 undang2 untuk umno/bn dan 1 lagi untuk RAKYAT!!!!!
ReplyDelete