VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 15 September 2013

Mukhriz Mahathir Halalkan Golongan Pondan di KEDAH?


ALOR SETAR -Tiada siapa mampu menyangka model berkulit sawo matang yang sedang mengenakan sepasang busana pengantin berwarna biru rekaan pereka tempatan ini akan tampak cantik dan bergaya yakin di pentas fesyen hingga menjadi perhatian.


Malah, gerak gayanya berjalan di pentas peragaan tidak kalah dengan kesemua peserta perempuan lain, walaupun dikatakan baru pertama kali menjadi model pentas peragaan hingga setiap langkah peserta unik ini seakan-akan memukau dan menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun, dia yang hanya dikenali sebagai Rani, 30, ini merupakan peserta tunggal daripada golongan pondan daripada keseluruhan 11 peserta yang menyertai sebuah pertandingan dalam Festival Kerja Kahwin Utara 2013 di Ukir Mall, dekat sini, semalam.

Katanya, dia tidak pernah berjalan di pentas fesyen bagi memperagakan sebarang jenis fesyen, malah tindakannya menyertai pertandingan terbabit adalah di saat-saat akhir bagi membantu rakannya semata-mata.

“Memang, saya pernah menjadi model ‘photoshop’ sekali-sekala demi membantu kawan. Jadi, kalau buat salah, ada orang tolong betulkan. Namun, ini kali pertama perlu berjalan di hadapan ramai orang.

“Memang, pada mulanya rasa kekok kerana tidak pernah buat. Lepas itu, lain daripada yang lain pula. Saya juga jangkakan, mungkin ada orang yang akan pandang pelik. Namun, kawan-kawan banyak bagi sokongan,” katanya.

Malah, katanya, banyak pihak termasuklah juri baik hati dengan memberi kata semangat kepadanya dan sedia memberi nasihat kepada dirinya supaya tidak berasa gugup semasa berjalan di pentas peragaan terbabit hingga membuatkannya cuba melakukan yang terbaik.

Dalam pada itu, katanya, walaupun, sudah lebih lima tahun membantu rakannya, namun dia tidak terlalu mengharapkan kemenangan semasa menjadi model pengantin bagi menyertai pertandingan berkenaan berikutan ia adalah percubaan kali pertamanya berbanding yang lain. -Sinar Harian

***
Kedah pun nak ikut pahang jugak ka?
Kalau benda nie jadi masa Ustaz Azizan jadi MB.. Mau kelupoq Media Umno 7hari 7malam Serang PAS Kedah.. 

BN menang.. Pondan Senang!!!

Sepatutnya ada penyekatan program seperti ni. Pihak berkuasa perlu ada sensitiviti.

Siapa yang terima golongan nie terus membiak?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.