VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 15 September 2013

Harga Kereta.. Lawan Sampai Turun..


LAPORAN The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.


Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila BN menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

BN sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.

Sebaliknya BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

Sebenarnya, sebuah isi rumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70 peratus dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan.

Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isi rumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

Ini bermakna, BN mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat.

Lebih teruk apabila BN enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar BN mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

Rafizi Ramli,  Pengarah Strategi PKR, Ahli Parlimen Pandan

***
Punca harga kereta di Malaysia terlalu tinggi adalah disebabkan :
  • Cukai yang dikenakan oleh kerajaan, tidak kira Proton, motokar Jepun, kereta continental, semuanya akan jadi  harga kereta melambung tinggi apabila dibawa masuk dan dipasarkan di Malaysia.
  • Dalam pada masa yang sama harga kereta Nasional dikurangkan sedikit supaya dapat “bersaing” dengan kereta import
  • Yang peliknya kalau buat pinjaman kereta Nasional lebih mahal daripada buat pinjaman untuk kereta import?
  • Dalam pada masa yang spare pun boleh tahan juga harganya 
Ingat!!!
Negara kita bukannya negara miskin tetapi NEGARA KAYA. Tuhan dah anugerahkan kepada negara Malaysia cukup hasil bumi yang cukup banyak. Hanya tinggal kita sahaja menguruskan dengan baik. Itu belum masuk lagi “sumbangan rakyat Malaysia” yang tak henti-henti kepada negara.

Siapa yang tiada keinginan memiliki kereta sendiri, kereta yang lebih bagus atau keperluan lain seperti rumah? 

Hanya penjilat saja akan bagi alasan budget bagus.. sedangkan dia pon memerlukan.. PHU1111.......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.