Felda terdesak, buat apa saja?
Pagi tadi (23/9/2013) beberapa orang peneroka datang ke rumah saya. Beliau menunjukkan kepada saya Sekatan2 Kepentingan dalam Geran Hakmilik mereka.
Antara lain berbunyi, ' tanah yang dikurniakan ini tidak boleh dijual, digadai, dipajak, dicagar atau dipindahmilik dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan atau menjual tanah ini tanpa kebenaran Penguasa Negeri.
2. Jika kebenaran di atas diberikan maka penjualan, gadaian, cagaran, pajakan atau pindahmilik itu hanya boleh dibuat kepada tidak lebih daripada dua orang sahaja.
3. Tanah ini tidak boleh dipecah sempadan/dibelahbahagi.
4. Tanah yang dikurniakan ini tidak boleh dijual, digadai, dipajak, dicagar atau dipindahmilik melainkan bersekali dengan hakmilik(lot rumah) yang berpegang dengan hakmilik Lot Ladang.
Kerajaan meletakkan Syarat Nyata dan Sekatan2 Kepentingan untuk mempastikan Hakmilik atas tanah kekal pada tuannya. Walaupun ia Pajakan 99 tahun, sekurang2nya terpelihara dari gadaian.
Isa Samad dan kuncu-kuncunya pengkhianat kepada orang melayu kerana nak memajak tanah orang melayu yang akibatnya sangat buruk. Perbuatan mereka sama seperti Yahudi yang mula-mula sewa, kemudian pajak dan akhirnya menguasai tanah penduduk Palestin.
Ketika ini mereka sedang memujuk para peneroka. Kami cuma nak pajak, bagi duit lagi. Duduk saja-saja dapat 3-4 ribu sebulan. Makan pencen!Peneroka dah tua, buat ibadat je, kebun kami jaga.
Kami melayu, takkan nak tipu bangsa sendiri.........?
Kalau bukan kita anak peneroka yg beri kesedaran kpd peneroka, nak harapkan siapa? Dah jadi macam peneroka Felda Cahaya Baru dan Sg Buaya, dah tergadai tanah, menangis keluar air mata darah sekalipun; semuanya telah terlewat.
Tulisan Mazlan AlimanAda rakan-rakan yang ketinggalan keretapi. Sejak isu FGVH lagi, ANAK sudah menggunakan kaedah perundangan. Sampai hari ini ada kes yang belum selesai bicara di mahkamah. Untuk isu pajakan ini, ia perkara sangat serius. Tawaran ini datang dari Felda sendiri. Techno plant, anak syarikat Felda sendiri sedang menyelenggara hampir 95 ribu kebun peneroka mengikut perjanjian pengurusan tanam semula. Maka, felda uruslah dengan sempurna. Tak timbul soal semak samun dan lain-lain sebab kebun peneroka felda yang jaga. Persoalannya, dah felda urus, kenapa nak pajak pula? Apa motifnya? Ia bukan fitnah, Anak minta penjelasan. Isa samad hanya perlu jawab ia atau tidak.
***
Ayah dan kawan-kawan Ayah aku adalah orang yang mula-mula mengukur tanah Felda area Jengka sebelum di bahagi-bahagikan kepada Masyarakat Felda.. Aku bangga dengan Ayah aku.. Tapi kami sekeluarga bukan Orang Felda..
No comments:
Post a Comment