VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 25 September 2013

Ops Tomyam.. 17 Kedai Tomyam di Pulau Pinang diarah Tutup

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengarahkan 17 premis menjual tomyam di negeri ini ditutup setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan.
    
Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata 'Ops Tomyam' selama tujuh jam berakhir 1 pagi itu turut mendapati 61 peratus daripada premis tersebut tidak memiliki lesen perniagaan.
    
"Penutupan premis didapati 100 peratus di daerah Seberang Perai Tengah bagi premis yang diperiksa. Malah dalam operasi itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM8,680.
   
 Bahan-bahan masakan tomyam lebih banyak terdedah ketika diperiksa penguatkuasa.
"Antara kes lain adalah bau kencing tikus, tahi tikus, kehadiran tikus serta anak-anak lipas dalam premis dan pengunaan makanan dari tin yang berkarat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
 Ahmad Yahya menunjukkan lipas yang menjadi punca utama sesebuah kedai ditutup.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Ahmad Yahya Zainoon (kiri) memeriksa peti sejuk di salah sebuah kedai makan.

Beliau berkata sebanyak 28 premis makanan diperiksa iaitu lima di Seberang Perai Selatan, Timur Laut (empat), Seberang Perai Utara (empat), Barat Daya (10) dan lima di Seberang Perai Tengah. 
Ku Nafishah berkata pemilik premis makanan yang diarah tutup perlu melakukan kerja-kerja pembersihan dan akan diperiksa semula sebelum dibenar berniaga semula.
    
Beliau turut menggesa pemilik premis makanan supaya mendaftar dengan Kementerian Kesihatan dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dikenakan kompaun RM10,000 mengikut Akta Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
    
Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini. - Bernama

Aku tertarik dengan Tulisan Shahriman Othman.. Bertajuk Kebanjiran Warga Negara Thai Berniaga 
Di sini saya ingin membuat aduan tentang kebanjiran warga Thailand membuka kedai makan terutamanya kedai tomyam dimana mereka merupakan pemilik penuh kedai tersebut tanpa rasa takut malah ada setengah-setengah kedai telahpun beroperasi lebih 5 tahun dan saya rasa ianya bukan hanya dikawasan saya iaitu di Parit Buntar malah di seluruh negara. Ini amat merugikan masyarakat Melayu terutamanya dimana perlu bersaing dengan mereka. 
Mereka menggunakan segala subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia serta membawa balik keuntungan ke negara mereka tanpa dikenakan sebarang cukai ini namun saya dapati tiada tindakan tegas diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah ini.

Dari maklumat yang saya dapati dari warga Thailand sendiri mereka hanya perlu merasuah Pegawai-pegawai Imigresen di sempadan samada Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan RM30 untuk masuk kembali Ke Malaysia apabila Visa Lawatan Tamat Tempoh melalui agen-agen mereka di Thailand jadi tak perlulah mereka pulang ke Thailand beberapa hari untuk masuk kembali Ke Malaysia. 
Saya amat berharap Pegawai Atasan Imigresen memandang serius perkara ini kerana ini amat merugikan Negara dan peniaga-peniaga kedai makan orang melayu serta amalan rasuah berleluasa di kalangan pegawai Imigresen di sempadan.
*** 
Warga Thailand membuka restauran,warung-warung yang beroperasi siang dan malam.. Warga Pakistan yang membuka kedai-kedai kain.. Warga Kemboja dan Indon yang menguasai pasar malam yang hampir melenyapkan terus peniaga tempatan.. Warga afrika yang membuat bermacam-macam kerenah... Tapi apa yang Kerajaan buat untuk halang masalah nie berulang? Dan apa kita buat untuk majukan diri kita?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.