VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 9 May 2014

Nasihat Kepada Najib Razak Untuk Mentadbir Negara Malaysia


MENJIMATKIAN PERBELANJAAN NEGARA

Tindakan kerajaan memperkenalkan GST telah membawa rakyat marhaen ke jalan raya pada 1 Mei yang lalu. Ini kerana mereka berasa terbeban dengan kenaikan kos hidup, biarpun hakikatnya GST akan mula berkuatkuasa 11 bulan dari sekarang.

Lalu, saya tertarik kepada sistem yang diperkenalkan oleh Jokowi di Jakarta setelah beliau dilantik menjadi Gabenor dan juga bakal diperkenalkan beliau sekiranya menang dalam pemilihan Presiden Julai nanti.

Sistem Jokowi sederhana sahaja. Beliau memotong separuh perbelanjaan untuk perjalanan pegawai, termasuk untuk tiket kapal tebang, minyak percuma dan kereta percuma. Hanya tingkat tertinggi sahaja yang betul-betul mendapat kemudahan tersebut.

Beliau juga memotong perbelanjaan mesyuarat di hotel-hotel besar dan tidak melanjutkan perkhidmatan pegawai yang telah sampai tempoh pencen.

Saya terfikir, bagus juga jika negara kita mengambil langkah sebegini. Kemudahan kereta kita bagi hanya kepada KSU, Ketua Pengarah dan di universiti Naib Canselor sahaja. Lain-lain pegawai tidak perlulah negara sediakan kereta, minyak dan pemandu. Mesyuarat pula kita adakan di pejabat sahaja.

Pegawai-pegawai berpangkat besar yang pencen itu, janganlah lagi kita sambung kontrak mereka. Jika mereka masih bertenaga lagi untuk terus berkhidmat, ceburilah bidang lain. Atau jika perkhidmatan mereka disambung lagi, maka berilah pencennya selepas tempoh perkhidmatan betul-betul tamat.

Jika inilah yang boleh kita lakukan, banyaknya perbelanjaan negara yang boleh kita jimatkan. Bersediakah kita?

Agus Yusof

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.