VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 10 May 2014

Nabi Kantoi Menyamar Sebagai Ahli PAS Untuk Bertanding Sebagai Calon PAS PRK Bukit Gelugor




Berlakon sebagai ahli PAS cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu berhasrat untuk bertanding kerana mahu sama-sama menegakkan hukum hudud yang kini hangat dibangkitkan dalam kalangan ahli partinya. Kenapa dalam umno sudah hilang hak untuk menegakkan hukum Allah?

Mohamed Nabi Bux berkata, dia berharap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memberikan kebenaran kepadanya untuk bertanding dalam PRK kali ini. Kenapa tidak berharap kepada Najib? Bertanding atas tiket Umno?

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei.

Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013 dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.