Pelawak terkenal, Harith Iskandar dilihat telah ber’jenaka’ mengenai isu pelaksanaan hukum hudud di laman Twitter.
Memiliki lebih 165 ribu orang pengikut di laman sosial tersebut, status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan oleh orang ramai.
Bagaimanapun, ada juga pihak yang cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan bahawa Harith sekadar berjenaka dan tidak berniat mahu mempersoalkan isu sensitif tersebut.
Namun, apa agaknya yang cuba disampaikan oleh pelawak ini ya? Realitinya, hanya tuan punya badan yang layak menjawab persoalan ini.
Saudara Harith, anda kena belajar dlm Islam ada perkara yg tidak boleh diremehkan dn dipersendakan kerana ianya wewenang Allah swt. Antaranya Hudud, Sumpah, Nazar, Talaq, Murtad, Nikah dn pokok rukun Iman dn Islam. Asal sahaja sabit dalil dr Allah swt dan RasulNya, maka dilarang mempersendakanya. Wassalam
ReplyDelete