VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 8 May 2014

Hati-Hati Kumpulan Penyamun Menyamar Sebagai Pegawai Kerajaan

POLIS KENAL PASTI KUMPULAN MENYAMAR POLIS DAN AGENSI KERAJAAN UNTUK MENYAMUN



Bukit Mertajam, 8 Mei - Polis telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang menyamar sebagai anggota polis dan petugas beberapa agensi kerajaan untuk tujuan samun di sekitar Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga tiga lelaki itu menyasarkan golongan wanita dan warga emas yang tinggal bersendirian di rumah mereka.

"Berdasarkan hampir 10 kes dilapor sejak dua bulan kebelakangan ini, kami telah mengenal pasti anggota kumpulan terbabit yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Berhad, pejabat daerah dan polis yang pergi ke rumah mangsa mendakwa untuk memberikan bantuan dan sebagainya."

"Mereka ini terdiri daripada lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menaiki motosikal dan menyamun sebaik dibenar masuk ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita selepas Program High Policing di Kubang Semang, di sini hari ini.

Mazlan ditemui selepas melawat Aminah Mahamad, 60, yang kerugian RM3,000 disamun dua lelaki menyamar sebagai kakitangan Pejabat Tanah dan Galian yang kononnya mahu mengukur kawasan tanah rumahnya pada 15 April lepas.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.