VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 27 January 2014

PANAS! ISU ROBOH SURAU DI PULAU PINANG


Roboh surau tak tepat, nasihat YDP MPSP kepada media

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Walaupun Jawatankuasa Surau Taman Penaga Permai sendiri bersetuju untuk memindah 'shed' surau berkenaan yang dikenalpasti memasuki kawasan tanah tadika, bangunan tadika tersebut juga akan dibelakangkan dari kedudukan asal sebagaimana didapati dalam Pelan Kebenaran Merancang.

Respons Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif itu sekaligus menolak laporan tidak tepat yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian pada 17 Januari lepas.

"Kita (MPSP) mengambil 'situasi menang-menang' pada saya, MPSP tidak roboh surau itu sebagaimana dilaporkan Sinar Harian dan Berita Harian.

"Elok dapat maklum balas kedua-kedua pihak sebelum siar satu-satu berita," nasihat Maimunah tengah hari tadi pada satu sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan beberapa Ahli Majlis antaranya Tan Cheong Heng, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Ahmad Kaswan Kassim turut hadir pada sidang media sejurus selesai mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Sebelum itu, Maimunah berkata, Pelan Kebenaran Merancang Taman Penaga Permai yang diluluskan MPSP antara lain mensyaratkan pemaju menyediakan tapak serta membina surau dan tadika di atas sebidang tanah yang saling bersebelahan.

Difahamkan, MPSP telahpun meluluskan pelan bangunan surau dan pelan bangunan tadika secara serentak.

Pun begitu, pemaju hanya siap memajukan bangunan surau tersebut, yang telahpun digunakan oleh komuniti umat Islam setempat.

Pemaju tidak dapat menyerahkan bangunan tadika itu kepada MPSP, ekoran projek pembangunan fasa akhir tersebut tidak dapat diteruskan.

Ini kerana, 'shed' atau bumbung julur surau yang dibina oleh jawatankuasa surau berkenaan berada di dalam tapak yang sepatutnya dibina bangunan tadika.

Justeru, Maimunah pada 9 Januari lepas memanggil pengerusi jawatankuasa surau, Khairul Anuar Abdul Rahman, wakil pemaju, wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta Jabatan Teknikal MPSP untuk berbincang isu berbangkit tersebut.

Hasil perbincangan itu, antaranya, semua pihak bersetuju untuk mengubah 'shed' tersebut, bukan merobohkan Surau Taman Penaga Permai seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian dan Berita Harian.

16 comments:

  1. Ni la yang dikatakan mendengar cakap pegawai tapi tak turun padang. Surau dikatakan masuk tanah tadika. Sedangkan surau dibina oleh pemaju. Sebahagian surau yang nak dirobohkan melibatkan kawasan kolah dan awning menutup bahagian kolah yang dibina jawatankuasa hasil wakaf orang ramai di bahagian yang telah dipagar oleh pemaju sebagai kawasan surau. Pintu pagar dan jalan masuk beserta dengan penahan besi parit yang dikatakan dibina oleh jawatankuasa surau, sebenarnya dibina oleh pemaju dan telah diberi CF oleh MPSP. Sebuah dewan yang tidak termasuk dalam plan taman telah dibina menyebabkan tapak tadika menjadi kecil dan terhimpit. Tak faham dengan pemikiran manusia yang mengaku ISLAM tetapi mahu mengecilkan ruang kawasan rumah Allah. Sedangkan banyak lagi kawasan kosong dalam Taman Penaga Permai yang boleh dibuat tapak tadika. Terutamanya kawasan kosong di sebelah taman permainan. Kawasan surau perlulah luas sebab pembangunan pada masa hadapan perlu diambil kira. Terutamanya penyediaan ruang penyelenggaran jenazah memandangkan rumah kluster yang dibina boleh mengundang masalah sekiranya berlaku kematian terutamanya rumah di tingkat atas. Di sini surau boleh dijadikan tempat alternatif. Kawasan surau yang kecil juga menyebabkan berlaku kesesakan apabila diadakan program di surau. Kenderaan penduduk terpaksa diletakkan sehingga di tepi jalan. Pihak MPSP di bawah pimpinan Maimunah Mohd Shariff yang tentunya seorang yangt beragama Islam perlu melihat tentang kepentingan beragama dan tidak meletakkan pemikiran yang jumud dalam membuat keputusan.

    ReplyDelete
  2. Depa ni mengarut sungguh, ingat kerajaan PR nak bantu menambahkan syariat Islam tp hampaih. Nak harap YDP entahlah. Harap-harap TKM 1 boleh tolong kut. Tu pun kalau nak tolong. Kesian org Penaga Permai, nak buat amal ibadat pun org kacau.

    ReplyDelete
  3. Isu 1 : Bagaimana pihak MPSP bg CF bangunan surau jika memasuki tanah MPSP?
    Isu 2 : Bagaimana kebenaran membina dan merancang diberi kpd bangunan tadika jika tanahnya memasuki kwsn surau?
    Isu 3 : Bagaimana bangunan dewan persatuan penduduk yg terletak di sebelah surau n tadika dibangunkan walhal tiada dlm Pelan susunatur Surat Perjanjian Jualbeli?Adakah ada unsur rasuah bilamana pegawai berkenaan mengatakan "ini cerita lain...panjang ceritanya" jika nak panjang lagi kita panggil saja SPRM untuk buka semula fail surau,tadika n dewan sama ada telus ataupun tidak pembinaannya.Janganlah kita bersikap spt kaum Yahudi tidak boleh duduk diam dan senang melihat org Islam Palestin.Sepatutnya pihak MPSP dan JKP melihat isu ini sebagai keutamaan menyelesaikan secara baik tanpa menyentuh sensitiviti penduduk Islam Tmn Penaga Permai.Inilah yg berlaku apabila keuntungan duniawi diutamakan sehinggakan kwsn rumah Allah SWT hendak dikecilkan.Tidakkah pegawai di MPSP n JKP takut balasan Allah n kubur akan menjadi sempit apabila kwsn surau hendak dikecilkan.Sesungguhnya bagi mereka yg tiada sensitiviti isu ini mereka sebenarnya sudah mati sebelum mereka menemui ajal....nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. oiii agak r.. bila msa penduduk taman nie setuju yang korang nak robohkan surau nih... silap ar ingat kami agama pa??? kami bangkang la tu kami boh dalam paper tu.. hang tu title pengarah tapi lulus projek x penah turun padang tengok... macam nie ka kerajaan negeri lantik pengarah MPSP dok kat pejabat goyang kaki x tengok dah org bwah smpai tempat ibadah agama sendiri pon nak dirobohkan... bukak la mata sikit mati nnti nk tanam tanh perkuburan mna???

    ReplyDelete
  5. YDP tak dpt maklumat tepat ni. Ada maklumat yg disembunyikan. Mana ada org sanggup nak runtuh Surau walaupun hanya bahagian tambahan kalau tak dak syarat lain. Org setuju mesti ada kira.

    ReplyDelete
  6. YDP bertindak hanya utk jaga periuk nasi jika ada aduan drpd kaum main cepat2 bertindak nak menunjukkan komitmen depan CM.Sampai staf dalaman sendiri bgtau hanya bela kaum tertentu tp melibatkan agama n bangsa sendiri dibiarkan saja.Minit mesyuarat tak diserahkan kpd pihak surau manakala pengerusi mesyuarat berlindung di sebalik kenenaran bhw pengerusi surau setuju roboh jika pihak pemaju,JKP bersetuju menggantikan bhgn yg diroboh dibina semula dibahagian utara bangunan surau.Kenapa nak pusing2 fakta mengaku ja kesilapan yg dibuat.Demi Allah,seinci tanah @ bhgn surau diusik,org yg melakukannya tak kira terlibat secara langsung & tak langsung hidup takkan ten team n projek tu juga akan mengalami pelbagai masalah sehingga bila2 pun.Janji Allah pasti....

    ReplyDelete
  7. Aku pun duduk kat tmn penaga permai. Ini semua tak ada isu pun. Ni semua gila publisiti. Buat malu ajk surau ja. Mana pengerusi? Kenapa pengerusi diam? Pengeeusi patutnya jwrnihkan keAdaan sebab pengerusi yang pi meeting tu. Ada orang lain dok cucuk ka? Aku pun sebab aku pun kariah surau dan kenai jugak dgn org org mpsp aku pun siasat La jugak cara bodo aku. Tak ada isu pun. Ini semua punca pengerusi yg tak follow up keputusan mesyuarat. Bila keadaan jadi panas mcm ni patutnya pengerusi pi la semak dgn mpsp atau pi tanya ka apa perkembangan selanjutnya. Ni hampeh... ajk lain pun sama kira nak cari salah org lain ja. Setakat yg aku dapat maklumat tak ada nak runtuh apa pun cuma pindah kolah dgn shed ke bahagian lain. Jkp pun dah setuju bantu buat kolah baru dan shed bumbung yang buruk tu akan diganti dgn shed baru kos pemaju. Tadika akan dikebelakangkan memberi laluan kpd parking. Tak habis habis la hangpa nak salahkan org lain. Salahkan diri sendiri dulu. Muhasabah diri. Tai kalau hamgpa nak lebih jelas minta la pengerusi semak semula. Pengerusi mesti dah kenai semua ahli mesyuarat masa pi mesyuarat tempohari kan... aku difahamkan dalam mesyuarat tu semua pihak ada termasuk pemaju.. arkitek.. majlis agama islam. Jadi.... tugas pengerusi dan ajk utk jernihkan keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwang-kwang

      Delete
    2. hang tahu ke apa yg telah di suarakan oleh pengerusi surau masa dia menghadiri mesyuarat di pjbt MPSP tempoh hari, kalu tak tahu lebih baik dok diam saja... jgn dok serbu tak tentu kalu, kalu ia pun gi tanya pengerusi dulu apa yg terjd semasa mesyuarat tempoh hari, dah kata hang dok di taman nie... nie kalu setakat nak bantu buat baru baik tak yah kalu peruntukan utk buat semuanya tu di tanggung oleh surau woooi, yg aku dgr pihak JKP tak ada peruntukan utk membina yg baru bagi menggantikan kolah dan bumbung yg berkemungkinan besar akan di robohkan dan jg pintu pagar yg baru berikutan pintu pagar yg sedia ada itu akan di gunakan oleh tadika tersebut apa bila ia siap dan beroperasi kelak, tp sekira pihak JKP ada peruntukan utk bina yg baru aku rasa pihak surau tak jd masalah...

      Delete
    3. Ikut maklumat dr member kat MPSP komen kat at as dibuat oleh pegawai MPSP. Silap doa pasai pi sembang masa minum pagi. Kan dah kantoi.

      Delete
  8. Gila publisiti?malu?Lebih malu jika ajk membiarkan saja surau dibuat apa saja oleh org yg tdk sensitif.Jika dah tau apa keputusan MPSP knp tak maklumkan kpd ajk surau?jika ahli surau mesti bgtau info terkini mesyuarat apa keputusannya.Isunya di sini dlm mesyuarat tidak dinyatakan JKP setuju utk bina semula n tanggung semua kos terse but.Pengerusi juga tidak dimaklumkan dengan jelas keputusan yg telah dicapai selepas mesyuarat tersebut.Sepatutnya,semasa perjumpaan kedua,pihak MPSP & JKP turun ke tapak buat lawatan ke tapak utk memberikan penjelasan.Lambat bertindak & keputusan tidak jelas drpd MPSP & JKP punca menyebabkan isu ini betpanjangan.Jika kita berbincang semula di tapak binaan,persefahaman jitu antara ketiga2 pihak.Ini buah fikiran org kampung jaa tak mengaji tinggi.

    ReplyDelete
  9. Aku rasa mangkuk yg ngaku duduk di Tmn Penaga Permai ni confirm tak pernah mai Surau. Entah- entah orang JKP atau MPSP menyamar diri kut. Macamana maklumat yg penduduk tak tau dia boleh tau. Berlakon ye. Jangan dipersalahkan Pengerusi, kalau hang tak tau apa yang dia buat sepanjang Surau ini beroperasi.Dia tak bodoh macam hang.

    ReplyDelete
  10. Roboh surau, satu isu yang panas membuat saya terpanggil untuk memberi komen dan pandangan agar perkara ini tidak dipolitikkan. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak
    didalam isu ini cuma biarlah kita berfikir secara rasional. Kalau kita amati betul-betul apa yang diperkatakan YDP MPSP tidak akan berlaku kata mengata, kutuk mengutuk yang menampakkan ketidak akraban diantara qaryah taman kita.
    Carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani isu ini, bawa berbincang mungkin ada idea bernas dari qaryah dapat merungkaikan kekusutan dari asyik bercakap sesama sendiri. Tidak menjadi kesalahan kalau diadakan mesyuarat khas selepas solat maghrib untuk mendengar pandangan qaryah disamping boleh meminta tandatangan sekiranya ingin membuat sebarang bantahan dengan syarat notis panggilan mesyuarat dihantar awal supaya qaryah dapat membuat persediaan. Pernah kah pihak surau mengadakan mesyuarat agong dikalangan qaryah oleh itu bagaimanakah penduduk hendak mendapat maklumat seperti yang diperkatakan oleh Anonymous 29 January 2014 0830.
    Silapnya kita kerana membuat LAPORAN MEDIA TERLALU AWAL, tahukah kita setiap media mempunyai peranan dan kepentingan tersendiri. Siapa yang menjadi mangsa sekarang? seolah-olah menuang petrol ke dalam api. Janganlah terlalu teruja apabila keluar berita di dalam akhbar, disebalik keterujaan itu adakah kemenangan berpihak kepada kita?
    Surau adalah rumah Allah bukan milik individu, sedarkah kita bahawa jemaah qaryah makin berkurangan, kita harus mencari dimana silapnya. Jangan asyik menyalah sesama sendiri. muhasabah diri belum tentu jawatan kita tinggi dimata manusia, bererti tinggi juga disisi Allah. Kekadang ada baiknya kita mengimbau kembali pepatah melayu "Takkan hilang bisanya ular yang menyusur akar" Surau tempat menimba ilmu akhirat bukan untuk dipolitikkan. Ilmuapa yang kita dapat, kalau begini berterusan sampai bila kita cetek ilmu.
    BERSATU MELAYU TEGUH, BERTEKAK MELAYU ROBOH.








    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya tanah MPSP adlh harta dunia tp tanah surau adalah saham akhirat?Mana lbh baik & penting?Tepuk dada tanya iman. Buat pengetahuan anonymous 29 January 2014 1509 len kali siasat dahulu msyrt penaja bg surau baru ditubuhkn adlh 2 thn jd blm cukup tempoh tu.blh rujuk dgn MAIPP.tak logik dek akal nk boat msyrt agong semata2 nk bincang hal ini.tak perlu tunggu msyrt agong dok kat awning tepi kolah surau pun boleh bincang dah....

    ReplyDelete
  12. Saya nk betulkan pepatah Bersatu Melayu Teguh Bercerai Melayu Roboh.Bila ja masuk lubang kubur ada ke tanya soalan kaum Melayu?Soalan yg dh bocor semua tanya ttg Islam....tidak ada soalan tanya apa pangkat kamu,gelaran @ gaji kamu sebaliknya apa yg dah kamu buat utk Islam?ganggu kwsn surau minta ubah itu ini tunggu dlm kubur jwblah seorang diri depan Mungkar dan Nangkir...Kita kena guna pepatah yg sgt berharga yg tlh dihilangkan oleh mrk yg x berkenan ttg Islam...."Takkan Melayu Hilang Di Dunia,Selagi Mereka Mengamalkan Islam".Kita hidup hanya sementara gunalah ruang dan masa berbakti kpd Islam.

    ReplyDelete
  13. Adoiii. .. tak abis lagi ka cerita ni???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.