Pada masa kini, tiada ramai pemimpin Melayu yang garang dan berpendirian teguh.
Ini adalah luahan hati Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid yang berpendapat seorang tokoh itu harus garang dan bersemangat.
“Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut?Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
“Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
“Pemimpin seperti Sir Winston Churchill, beliau tak suka kompromi. Pemimpin seperti Churchill berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?” tanya Ungku Aziz dalam satu wawancara yang diterbitkan di dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Ungku Aziz berkata isu perpaduan dan perpecahan di kalangan orang Melayu sekarang bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, malah, ia juga berlaku antara Melayu kota dan Melayu desa, Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS dan PKR serta antara orang Melayu yang muda dengan tua.
***
Melayu Kota dengan Internet
Melayu Desa dengan TV3
Melayu Umno dengan Utusan
Melayu PAS, PKR & DAP dengan Harakah, Suara Keadilan & Roket Kini
Melayu Muda Berani Berubah
Melayu Tua Masih dengan Perjuangan yang Lama
No comments:
Post a Comment