VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 30 January 2014

Penjelasan Isu Parkir Kereta Antara Rakyat Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran

KENYATAAN AKHBAR OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) PADA 28 JANUARI 2014

SISTEM LETAK KERETA BAHARU, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

1 Kenyataan akhbar ini adalah berikutan dari sidang akhbar yang telah dibuat pada 16 Januari 2014 yang telah mengumumkan bahawa orangramai tidak perlu mempamerkan kupon letak kereta (Sistem Kupon) sehingga masalah kekurangan stok dapat diatasi oleh syarikat pengurus letak kereta.

2 Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan ini mengumumkan bahawa penangguhan mempamerkan kupon letak kereta dilanjutkan lagi sehingga 14 Februari 2014. Ini bermakna mulai 15 Februari 2014 orangramai hendaklah membayar caj letak kereta dengan mempamerkan kupon masing masing.

3 Kupon boleh diperolehi dari 335 penjual kupon seperti yang disenaraikan di lamanweb Majlis Perbandaran Pulau Pinang

4 Majlis akan meneruskan pemantauan keatas stok kupon yang telah di pesan oleh Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd dari syarikat percetakan. Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd dikehendaki membayar sewa bulanan kepada Majlis, setiap bulan.

5 Berikutan dari itu ingin di tegaskan sekali lagi kepada penjual kupon untuk tidak mengenakan bayaran melebihi dari yang telah ditetapkan oleh Majlis. Penjual kupon yang tidak mengikut kadar yang ditetapkan akan diberikan amaran dan boleh ditamatkan perkhidmatan dari menjual kupon.

Kupon dijual dengan harga RM4.00 untuk buku (40 sen x 10 keping) dan RM6.00 untuk buku (40 sen x 5 keping dan 80sen x 5 keping).
Orangramai diharap tidak membeli kupon yang dijual dengan harga melebihi dari harga yang telah ditetapkan.

6 Bagi mereka yang memiliki stiker bulanan mereka boleh meletak kenderaan sehingga 28 Februari 2014 dengan menggunakan stiker bulan Januari 2014. Mereka hanya perlu mendapatkan stiker bulanan baru mulai Mac 2014.

7 Majlis Perbandaran Pulau Pinang ingin memberi peringatan kepada orangramai untuk tidak membuat bayaran letak kereta kepada atendan letak kereta haram, ini kerana melalui sistem kupon , orangramai hanya perlu mempamerkan kupon dan tidak berurusan dengan atendan letak kereta haram

8 SILA AMBIL PERHATIAN, mulai 15 Februari 2014 penguatkuasaan akan diambil ke atas mereka yang tidak mempamerkan kupon letak kereta dan selain dari itu penguatkuasaan ke atas kesalahan meletak kereta luar petak, meletak atas siar kaki awam dan lain lain yang berkaitan adalah diteruskan.

9 Nombor Telefon aduan adalah seperti berikut:-

(a) Perkhidmatan Alam Indah Sdn Bhd :
042281192/ 042613350/ 0124982270
(b) Majlis Perbandaran Pulau Pinang :
042613650/ 042610181/ 0125721749

Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Korporat
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.