VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 6 January 2014

[Kepada Yang Prihatin] Bantuan Kepada Pelajar Yang Membayar Yuran Sekolah Dengan Duit Syiling



Rentetan kisah yuran dari duit syiling, saya terima banyak pertanyaan bagaimana bantuan dapat disalurkan. Para dermawan yang budiman boleh menghubungi terus pihak sekolah atau pun ustazah Khadijah yang memulakan usaha mencari sedikit sumbangan untuk pelajar - pelajar tersebut.

Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.


Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah ;1.Nurkhatijah bt. Abdullah,2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .

No Akaun Ustazah :158024762835

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah - tengah masyarakat. Rezeki anak - anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.


p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu - alukan.

Perasaan saya : tersentuh juga bila diceritakan Nurkhatijah asyik bercerita keseronokan membeli barang keperluan sekolah tempoh hari. "Ada pensel warna, ada beg ...."

Allah, berbahagialah orang - orang yang menggembirakan anak yatim,kerana mereka bakal menjadi penghalang dirimu dari api neraka. -copy & paste

***
Bantulah selagi kita mampu.. Kalau kita tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukup sekadar SHAREkan berita ini..

5 comments:

  1. Barakallahufikum..
    Pendapat Ana, lebih afdal dapatkan no. akaun ibu murid terbabit untuk disalur terus kepada ibu murid terbabit. Jazakallahu khayran khatira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tuan boleh berhubung dengan ustazah berkenaan untuk maklumat selanjutnya.. Saya hanya seorang penyampai..

      Delete
  2. Barakallahufikum,
    Maafkan Ana (baru Baca link satu link yg menyatakan ibu beliau sudah meninggal). Maafkan kekhilafan Ana. Wsalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa tuan.. Semoga nasib anak ini mendapat kebahagian seperti anak-anak orang lain..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.